Rabu, 16 Mac 2011

Senyum ^_^

Tersenyumlah...
dan seluruh dunia akan tersenyum kepadamu kembali..

Menangislah...
dan......
hembus hingus dengan tisu?!





Sumber gambar : sini



adeh..
bukanlah...

Opss.. maaf merepek sahaja..

Teringat masa belajar dahulu, semasa sesi usrah naqibah suruh senaraikan perkara yang paling mudah dan paling sukar dibuat. Saya jawab perkara yang mudah saya buat ialah "senyum".. Heh..rasa macam tipu je.. ;) Sebab selepas-selepas itu saya pernah dapat komen daripada kawan-kawan yang saya ni sukar senyum. Pagi-pagi asyik masam je... Erk.. But i'm glad to get the comments sebab saya akan lebih berjaga-jaga - supaya orang senang melihat wajah ceria saya (perasan..)

Rupanya Rasulullah sollallahu alaihi wasallam sudah menyebut perkara ini.. Hadis diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda "Janganlah memperkecilkan apa jua perbuatan baik, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang tersenyum riang."

Bayangkan kuasa senyum ini terhadap kehidupan kita. Contohnya, pada hari pertama kita di tempat kerja baru, rakan-rakan sejawat menyambut dengan senyuman mesra, apa perasaan kita? Ya, rasa lega. Tapi jika kita disambut dengan wajah acuh tak acuh dan muka masam sahaja, apa pula perasaan kita? Pasti timbul rasa tidak seronok dan wujud prasangka buruk pula.

Nasihat guru matematik saya di sekolah rendah dahulu, "Senyum-senyum selalu walaupun hati gundah". 17 otot sahaja digunakan apabila kita senyum manakala 64 otot digunakan sekiranya kita bermasam muka. Oooh..tidak..tidak..jangan bazirkan tenaga otot kita.
















Sebab itu Allah jadikan senyuman bayi..boleh beri ketenangan jiwa :)

2 ulasan:

  1. sangat suka tgk budak kecik itu senyum..geram sngat..nak gigit2 jer pipi yg montel tu..

    BalasPadam
  2. hehe..tunggu mama yah balik rumah ^_^

    BalasPadam