Saya pun tertanya-tanya...lalu saya pun bertanya kepada Incik Google....
.
.
.
.
.
OK, dah dapat. Rupanya thrombocytopenia ni ialah penyakit berkaitan platlet atau senang cakap platlet rendah.
Platlet ni komponen darah selain sel darah merah dan sel darah putih. Platlet ni fungsi utamanya ialah pembekuan darah. Jika platlet kurang dalam badan ia akan memberi kesan kepada pendarahan secara tiba-tiba atau menggangu proses pembekuan darah jika berlaku kecederaan. Contoh seperti dalam gambarajah di bawah :
Simptomnya seperti tumbuh bintik-bintik merah pada lapisan kulit atau keluar ketulan darah beku yang besar ketika datang haid. Tetapi sebenarnya kita susah nak kenal pasti penyakit ni unless kita check darah di Pathlab contohnya.
Kenapa tiba-tiba saya cakap pasal ni?
Hm.. sebenarnya adik saya menghadapi masalah ini. Sejak mengandung kali kedua lagi dia telah disahkan mempunyai masalah platlet rendah. Waktu mula-mula - sebelum dapat diagnosis, lama juga doktor nak cari punca kenapa platletnya rendah. Sepatutnya platlet tahap normal ialah 100 ke atas tetapi waktu tu dia hanya ada lebih kuang 50 sahaja. Biasanya orang yang demam denggi sahaja platlet rendah.
Kemudian doktor kata platletnya giant cell. Jadi, OK lah kami semua lega sikit dengar. Tup-tup hasil laporan dari Hospital Pakar Ampang mengatakan dia mengalami thrombocytopenia.
Kesannya dia tidak boleh menerima apa-apa suntikan mahupun tercedera. Jika ada tanda-tanda bengkak pada kulit segera ke kecemasan. Baru-baru ini dimasukkan ke hospital, rawatan menunjukkan platletnya hanya tinggal 17! Maka, doktor di hospital berkenaan memberikan beberapa jenis ubat.
Tapi tahu-tahu sahajalah..doktor pun banyak mazhabnya.. Salah satu jenis ubat yang dimakannya akan memberi kesan jangka panjang kepada hati dan sum-sum. Itu menurut doktor pakar di Ampanglah.. Kesiannya dia..
Semoga dia sabar dan tabah hadapi dugaan ini. Kami juga doakan yang terbaik untuknya. Allah sendiri banyak menyebut tentang sabar ini dalam Quran kan? Allah sudah beri jaminan kepada orang yang bersabar iaitu diberi ganjaran pahala yang tidak terbatas..
“Sesungguhnya hanya orang-orang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (Surah Az-Zumar: 10).
Wah, tidak terbatas! Subhanallah...Ya, orang yang bersabar pasti kejayaan menanti. Seperti Rasulullah sollallahu alaihi wasallam yang dihina di Thaif apabila dakwahnya tidak diterima kaum di sana.. Apabila malaikat Jibril turun dan menawarkan gunung mana hendak dihempapkan ke atas kaum terbabit tetapi ditolak dengan lembut oleh Rasulullah sollallahu alaihi wasallam. Hasilnya... membawa kepada kejayaan pembukaan Kota Mekah...
Ya Allah permudahkanlah urusan adikku dan keluarganya...amin..
Nota : Penerangan saya tentang penyakit ini mungkin tidak tepat sangat kerana saya mendengar dari mulutnya dan tidaklah mengkaji dengan lebih dalam lagi. Hanya untuk pengetahuan sahaja...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan