Sabtu, 23 April 2011

Exhausted..

بسم الله الرحمن الرحيم
Penatnya seminggu dua ni..
Sejak demam minggu lepas dah banyak skip jadual EBM
maka hasilnya susu kurang!
Tak larat nak pam susu sampai 7-8 kali sekarang :( :(
Stok pada pengasuh pun tak cukup.
Aiyoo..macam ni makan vitamin banyak mana pun tak membantu penghasilan susu yang banyak juga..

Oh, saya membebel pula awal-awal pagi hari ni..
Sebabnya hari ini (Sabtu) sekolah.
Sekolah ni sangat rajin sekolah hari Sabtu okay..
Hehe,..sebenarnya sekolah ganti untuk cuti nanti..



Phew..

Allah bagi masa sama je pada semua orang..24 jam juga..
Masa ni manalah boleh beli
Tinggal lagi pandai atau tidak sahaja untuk kita uruskan..

Dalam salah satu daripada 6 pertanyaan Imam Ghazali pada anak-anak muridnya pun
dia tanya apakah benda yang paling jauh sekali? Jawabnya masa yang berlalu..

Sebab itu Allah bersumpah demi masa di dalam al-Quran. Memang Allah tahu manusia selalu leka dan alpa.. Kecuali bagi orang yang berpesan-pesan pada kebenaran dan kebaikan..

OK.. masa dah hampir 4 pagi ni.. Nantilah saya nak sambung membebel ni lagi :)

*Hari ni murid-murid tak belajar dan cikgu-cikgi pun tak mengajar.
Ada program ceramah gangguan seksual untuk murid-murid masalah pendengaran.
Tak silap saya En Sazali (pengerusi MFD) dan Cik Zuraidah (interpretor bahasa isyarat yang di TV1 tu..)
yang turun hari ni bagi talk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan