Rabu, 21 September 2011
Sambal Udang
Bimillahirrahmanirrahim.
Sambal udang
Bahan :
300g udang saiz sederhana - dibersihkan
3 biji bawang merah - cincang
2 biji bawang putih - cincang
1 sudu kecil lada boh
4 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
1 batang lada merah - dihiris
Sedikit air
Cara-cara :
1) Tumis bawang putih dan bawang merah yang telah dicincang sehingga naik bau.
2) Masukkan lada boh.
3) Tambah sos tiram dan sos tomato. Kacau rata.
4) Masuk sikit air nak bagi pekat.
5) Masuk udang dan lada hiris. Sesuaikan rasa.
* Tak masuk garam sebab sos tiram dah sedia rasa masin. Boleh tambah gula jika mahu.
* Resipi dari internet. Lupa sumbernya. Kalau tuan punya resipi terdrop by sini, minta halal ya! Sangat sedap! Sesekali tukar selera sambal kurang pedas :)
Sabtu, 17 September 2011
Ayam Masak Halia
Resipi ini mudah dan ringkas. Terjumpa di web ketika mencari idea untuk memasak beebrapa hari lepas. Memang sedap :) Terima kasih shaprilhan ! Tapi saya ada alter sikit ikut selera sendiri. Mari kita tengok :
Bahan :
bawang putih 3 ulas ditumbuk (saya guna 4 ulas)
halia sebesar ibu jari - dihiris nipis
sos tiram 5 sudu
beberapa ketul ayam
air (jika mahu berkuah)
garam
minyak
Cara :
1. Tumis bawang putih dan halia.
2. Masukkan isi ayam, masak hingga separuh masak (saya goreng dahulu ayam ini sehingga separuh masak sebab nak jimatkan masa).
3. Masukkan sos tiram - jangan banyak sangat.
4. Masukkan air jika mahu berkuah.
5. Masukkan garam secukup rasa.
6. Siap untuk dihidang :)
Gambar tak teringat nak snap. Lain kalilah. Insya Allah :)
Bahan :
bawang putih 3 ulas ditumbuk (saya guna 4 ulas)
halia sebesar ibu jari - dihiris nipis
sos tiram 5 sudu
beberapa ketul ayam
air (jika mahu berkuah)
garam
minyak
Cara :
1. Tumis bawang putih dan halia.
2. Masukkan isi ayam, masak hingga separuh masak (saya goreng dahulu ayam ini sehingga separuh masak sebab nak jimatkan masa).
3. Masukkan sos tiram - jangan banyak sangat.
4. Masukkan air jika mahu berkuah.
5. Masukkan garam secukup rasa.
6. Siap untuk dihidang :)
Gambar tak teringat nak snap. Lain kalilah. Insya Allah :)
Khamis, 15 September 2011
Pasca ujian September
بسم الله الرحمن الرحيم
Kadang saya terfikir, teknik apakah lagi yang perlu saya pakai? Murid-murid saya ini terus menjawab TANPA membaca soalan terlebih dahulu. Ini baru subjek Sivik belum lagi subjek bahasa. Lagi pening. Macam-macam ada! Sudah diajar berkali-kali. Dilatih tubi menggunakan format peperiksaan namun hasilnya tetap sama setiap kali ujian.
Ya, salah satu sebabnya ialah mereka tidak faham apa yang tertulis. Perbendaharaan kata mereka minima. Namun saya fikir mereka juga harus berusaha kuat. Jika bantuan datang dari semua pihak namun mereka ada penyakit M memang tidak dapat ditolonglah. Bukan tidak ada murid bermasalah pendengaran berjaya. Malah ada yang menjadi guru dan usahawan berjaya lagi. Teringat kepada 2, 3 orang rakan saya yang memegang kad OKU bermasalah pendengaran
semuanya berjaya menjadi guru mahu pun pakar ICT.
Ya Allah, Kau terangkanlah hati anak-anak ini untuk menerima ilmu-Mu yang Maha Luas dan berilah ketabahan serta kurniakanku keikhlasan dalam mendidik anak-anak ini. AMIN..
Langgan:
Catatan (Atom)