بسم الله الرحمن الرحيم
Kadang saya terfikir, teknik apakah lagi yang perlu saya pakai? Murid-murid saya ini terus menjawab TANPA membaca soalan terlebih dahulu. Ini baru subjek Sivik belum lagi subjek bahasa. Lagi pening. Macam-macam ada! Sudah diajar berkali-kali. Dilatih tubi menggunakan format peperiksaan namun hasilnya tetap sama setiap kali ujian.
Ya, salah satu sebabnya ialah mereka tidak faham apa yang tertulis. Perbendaharaan kata mereka minima. Namun saya fikir mereka juga harus berusaha kuat. Jika bantuan datang dari semua pihak namun mereka ada penyakit M memang tidak dapat ditolonglah. Bukan tidak ada murid bermasalah pendengaran berjaya. Malah ada yang menjadi guru dan usahawan berjaya lagi. Teringat kepada 2, 3 orang rakan saya yang memegang kad OKU bermasalah pendengaran
semuanya berjaya menjadi guru mahu pun pakar ICT.
Ya Allah, Kau terangkanlah hati anak-anak ini untuk menerima ilmu-Mu yang Maha Luas dan berilah ketabahan serta kurniakanku keikhlasan dalam mendidik anak-anak ini. AMIN..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan