Sabtu, 11 Mei 2013

Corat-coret


Kisah 1

Anak ini merupakan anak istimewa tetapi satu sikapnya yang jarang saya jumpai daripada yang lain ialah sikapnya yang suka membantu tanpa diminta. Satu hari dalam kebisingan anak-anak yang datang mengaji al-Quran di rumah, dia dengan senyap-senyap mengutip sampah yang ada di atas carpet. Apabila ditanya, "saya kutip cebisan kertas". Masya Allah.Moga Allah rahmati anak ini. Sememangnya dia seorang yang rajin mengaji dan jarang ponteng.



Kisah 2

Tahun ini kelas al-Quran kami mempunyai ramai anak kecil sekitar 4 ke 6 tahun. Faham-faham sahajalah suasananya bagaimana. Adakalanya tidak terkawal juga :) Anak kecil yang comel ini sangat aktif dan suka tersengih. Bila dimarahi tetap datang semula dalam keadaan tersenyum-senyum. Suatu hari dia asyik berlari-lari sedangkan giliran mengajinya telah tiba.

"Amiri, mari sini mengaji," kata saya. Dia masih berlari sehingga dipanggil oleh kakaknya.
Dia duduk dengan mata melihat kiri dan kanan. Badannya juga tidak menghadap saya. "Amiri, nak tahu satu rahsia tak?". Dia sengih sahaja. "Allah sayang orang yang mengaji al-Quran. Allah bagi pahala yang banyak bagi orang yang rajin mengaji. Amiri suka tak Allah sayang Amiri?". Dia tidak menjawab soalan saya sebaliknya terus membaca "a ba a". Eh..baca bismillah dahulu..ish ish ish..

Selesai mengaji terus dia berkata, "Banyak kan pahala Amiri hari ni?" Erk..saya ingatkan dia tak dengar /faham apa yang saya katakan tadi. Amiri.. Amiri.. ;)



Semoga anak-anak ini berjaya menjadi muslim yang cemerlang dan anak-anak yang soleh:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan