Rabu, 27 November 2013

Allah Makes Fish

Bismillahirrahmanirrahim.

"Allah Makes" Early Reading Set ini adalah terbitan Saba' Islamic Media. Ia mengandungi 10 buah buku dan berharga RM68.00.

Book 7 : Allah Makes Fish


Hari ini anak memilih buku Allah Makes Fish untuk dibaca. Ayatnya mudah dan "straight forward". Nama pun untuk bacaan awal, bukan?



Jika membeli set berkulit keras akan dibekalkan dengan kad imbasan perkataan. Saya membeli set berkulit nipis oleh itu saya cetak sendiri kad imbasannya.

Kad imbasan
Kami imbas kembali sewaktu bercuti ke Langkawi bulan Mac lalu dan melihat gambar-gambar yang diambil. Seronok pula melihat anak berceloteh. Tidak sangka pula dia dapat mengingat perkara-perkara yang kecil. Patutlah usia kecil sebegini harus digunakan sebaik mungkin. Subhanallah.



Saya ambil kesempatan juga menerangkan tentang ikan. Tidak tahulah sama ada dia dapat memahaminya atau tidak. Saya buatkan power point  menggunakan maklumat yang diperolehi dari www.kidzone.ws.

Salah satu slaid di dalam Power Point

Aktiviti sampingan :

* Tampal ikan di dalam balang :)

* Jigsaw Puzzle ikan :)

Semoga bermanfaat.

Selasa, 19 November 2013

Resipi Play dough

Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Resipi play dough yang tak perlu dimasak :

1 cawan tepung
1/2 cawan garam
1/4 cawan air
1 sudu cream of tartar
Pewarna makanan

Campurkan semua bahan dan uli.

* Sediakan semua bahan dan minta anak masukkan ke dalam bekas untuk diuli. Pasti anak seronok kerana diberi kepercayaan untuk 'memasak'. Kadang-kadang kreativiti anak lebih terserlah dalam aktiviti memasak. Cuma kesabaran perlu tinggi. Hihi..






Semoga bermanfaat.

Isnin, 18 November 2013

Buku : Kalimah Toyyibah 1

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ini tiada sesi bercerita sebelum tidur kerana anak-anak tidur awal hari ini. *Biasanya mereka akan bangun awal keesokan hari!*

Sesi bercerita telah berlaku petang tadi (betulkah ayat ini?). Itu pun selepas membuat pelbagai aktiviti menggunakan Khaulah Busy Bag (saya kongsikan kemudian insya Allah) akhirnya dia ambil sebuah buku dan membuka helai demi helai. Awalnya saya biarkan sahaja kerana saya lihat dia bercerita dengan adiknya. Beria-ia. Dan adik pun mendengar dengan bersungguh-sungguh.

Tidak lama kemudian, dia hulurkan buku kepada saya. Baik. Saya ringkaskan cerita dan banyak berpandukan kepada gambar-gambar di dalam buku.

Buku yang saya maksudkan ialah buku ini : Kalimah Toyyibah 1 terbitan Ana Muslim Sdn Bhd. Harga RM31.90. Buku bergambar kanak-kanak untuk usia 7 hingga 10 tahun. Ilustrasinya SANGAT menarik. Latarnya comel-comel belaka. Tulisan pada kulit hadapan buku kelihatan bermanik (glitter).



Di dalam buku ini menceritakan 2 kalimah toyyibah sahaja iaitu Assalamualaikum dan Insya Allah. Kami hanya membaca dan bercerita "Assalamualaikum".

Bagus sekali isi kandungannya. Menunjukkan adab memberi salam, bila dan di mana boleh memberi salam, mengapa dan apakah kebaikan memberi dan menjawab salam.

Ada aktiviti susulan tetapi saya kongsikan dalam entri-entri akan datang insya Allah :)



Menarik, bukan?
Semoga bermanfaat ^_^

Ahad, 17 November 2013

Homeschooling? ^_^


Bismillah walhamdulillah.

47 hari yang perlu dimanfaatkan secara optimum. Apa yang patut saya rancang untuk anak-anak cuti ini?

'Berjalan-jalan' di alam maya memang melekakan. Terlalu banyak idea dan saya tahu saya sepatutnya mempunyai fokus, target dan objektif untuk anak berumur 3 tahun dan 1 tahun.

Kadang-kala singgah di blog dan laman sesawang ibu bapa yang membuat 'sekolah di rumah' @ homeschooling membuatkan saya berhenti sejenak. Kagum melihat semangat mereka mendidik sendiri anak di rumah. Semoga anak-anak ini menjadi anak soleh solehah dan menjadi penolong agama Allah.

Sengaja mahu letak sekian banyak pautan di sini supaya mudah dicari kemudian hari ;)

http://testyyettrying.blogspot.com/search/label/busy%20book?m=1

http://testyyettrying.blogspot.com/2012/11/busy-bags-revisited.html?m=1

http://happyhawkins.blogspot.com/2011/12/homemade-christmas-gift-1.html?m=1

http://mysmallpotatoes.com/2012/07/21/a-busy-bag-round-up/

http://www.childcareland.com/teach2.html

http://www.gerberadesigns.com/triedandtrue/?p=505

http://www.1plus1plus1equals1.com/BrowBearBrownBear.html

http://www.todaysparent.com/family/activities/7-easy-button-crafts-for-kids/?gallery_page=2#mobile_gallery_top
http://www.pinterest.com/pin/48413764713736399/

http://quietbookblog.blogspot.com/p/template-directory.html?m=1

http://www.pinterest.com/camicoulson/quiet-book-diy/

http://www.serving-pink-lemonade.com/2011/01/quiet-book-templates.html?m=1

http://playinghouseinmaryland.blogspot.com/2011/09/diy-quiet-book-fast-easy.html?m=1

http://thecraftingchicks.com/2009/09/quiet-book-ii.html

http://www.makinglearningfun.com/themepages/ChickenPlaydoughMats.htm

http://planetoftheapels.blogspot.com/2011/09/busy-bag-swap-day-5-playdough-mats_05.html?m=1

http://mothersniche.com/free-printables-roundup-2/

http://homeschoolcreations.com/transportationpreschoolpack.html

http://www.busylittlebugs.com.au/freebie-friday-shoe-lacing-cards/

http://mothersniche.com/free-play-dough-mat-printables/

http://imanshomeschool.wordpress.com/2013/10/13/animals-in-the-quran-notebook-pages-ant/

http://www.muslimhomeschool.net/lesson.html

http://www.powerfulmothering.com/how-to-make-your-own-play-dough/

http://sowsproutplay.com/activities/40-quick-easy-tot-activities/




Sedih

بسم الله الرحمن الرحيم

Pulang dari Putrajaya semalam, jam sudah lebih 10 malam. Anak-anak dimandikan dan siap untuk tidur. Khaulah memilih buku untuk dibaca dan malam ini saya mengambil giliran untuk bercerita.

Bacakan Saya Satu Cerita : Senyumlah Sayang terbitan PTS Kids

Kisahnya ialah seorang budak lelaki berambut kerinting kusut yang selalu diejek oleh kawan-kawannya sehingga dia terasa hati dan sedih. Sambil menangis dia bercerita kepada ibunya.

Ibunya memanggilnya dan memberitahu satu rahsia. Katanya, budak berambut kerinting kusut ini datang dari langit. Sepantas itu, hilang sedih budak lelaki ini sebaliknya dia berasa bangga akan 'kelebihan'nya.

Rambut Afro! ^_^


Tiba-tiba Khaulah menyampuk. "Ummi, tadi pun Khaulah sedih." Huh, bila pula ya? Saya tertanya-tanya di dalam hati. "Tadi masa abi ambil buku Khaulah." Tadi abi bergurau sahaja. Dalam hati, Oh Khaulah sudah boleh kaitkan peristiwa dan menyusun ayat yang betul. (",)

Cerita yang 'simple' tetapi boleh diambil beberapa pengajaran.

☆ Allah jadikan semua orang ada kelebihan masing-masing.
☆ Allah tidak suka orang yang merendahkan orang lain.
☆ Nabi ajar adab berkawan - beri salam, bercakap yang baik, jangan buruk sangka dan mendoakan kawan.
☆ Beritahu ummi atau abi bila ada masalah.
☆ Siapa cipta kita, Khaulah? ALLAH.
Mumtaz!


Sehingga bertemu lagi :)