Ahad, 17 November 2013

Sedih

بسم الله الرحمن الرحيم

Pulang dari Putrajaya semalam, jam sudah lebih 10 malam. Anak-anak dimandikan dan siap untuk tidur. Khaulah memilih buku untuk dibaca dan malam ini saya mengambil giliran untuk bercerita.

Bacakan Saya Satu Cerita : Senyumlah Sayang terbitan PTS Kids

Kisahnya ialah seorang budak lelaki berambut kerinting kusut yang selalu diejek oleh kawan-kawannya sehingga dia terasa hati dan sedih. Sambil menangis dia bercerita kepada ibunya.

Ibunya memanggilnya dan memberitahu satu rahsia. Katanya, budak berambut kerinting kusut ini datang dari langit. Sepantas itu, hilang sedih budak lelaki ini sebaliknya dia berasa bangga akan 'kelebihan'nya.

Rambut Afro! ^_^


Tiba-tiba Khaulah menyampuk. "Ummi, tadi pun Khaulah sedih." Huh, bila pula ya? Saya tertanya-tanya di dalam hati. "Tadi masa abi ambil buku Khaulah." Tadi abi bergurau sahaja. Dalam hati, Oh Khaulah sudah boleh kaitkan peristiwa dan menyusun ayat yang betul. (",)

Cerita yang 'simple' tetapi boleh diambil beberapa pengajaran.

☆ Allah jadikan semua orang ada kelebihan masing-masing.
☆ Allah tidak suka orang yang merendahkan orang lain.
☆ Nabi ajar adab berkawan - beri salam, bercakap yang baik, jangan buruk sangka dan mendoakan kawan.
☆ Beritahu ummi atau abi bila ada masalah.
☆ Siapa cipta kita, Khaulah? ALLAH.
Mumtaz!


Sehingga bertemu lagi :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan