Isnin, 18 November 2013

Buku : Kalimah Toyyibah 1

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ini tiada sesi bercerita sebelum tidur kerana anak-anak tidur awal hari ini. *Biasanya mereka akan bangun awal keesokan hari!*

Sesi bercerita telah berlaku petang tadi (betulkah ayat ini?). Itu pun selepas membuat pelbagai aktiviti menggunakan Khaulah Busy Bag (saya kongsikan kemudian insya Allah) akhirnya dia ambil sebuah buku dan membuka helai demi helai. Awalnya saya biarkan sahaja kerana saya lihat dia bercerita dengan adiknya. Beria-ia. Dan adik pun mendengar dengan bersungguh-sungguh.

Tidak lama kemudian, dia hulurkan buku kepada saya. Baik. Saya ringkaskan cerita dan banyak berpandukan kepada gambar-gambar di dalam buku.

Buku yang saya maksudkan ialah buku ini : Kalimah Toyyibah 1 terbitan Ana Muslim Sdn Bhd. Harga RM31.90. Buku bergambar kanak-kanak untuk usia 7 hingga 10 tahun. Ilustrasinya SANGAT menarik. Latarnya comel-comel belaka. Tulisan pada kulit hadapan buku kelihatan bermanik (glitter).



Di dalam buku ini menceritakan 2 kalimah toyyibah sahaja iaitu Assalamualaikum dan Insya Allah. Kami hanya membaca dan bercerita "Assalamualaikum".

Bagus sekali isi kandungannya. Menunjukkan adab memberi salam, bila dan di mana boleh memberi salam, mengapa dan apakah kebaikan memberi dan menjawab salam.

Ada aktiviti susulan tetapi saya kongsikan dalam entri-entri akan datang insya Allah :)



Menarik, bukan?
Semoga bermanfaat ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan