Jumaat, 20 Disember 2013

Bengkel Membina Bahan Bantu Belajar (PASTI Kota Melaka)

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Selesai satu lagi program bersama guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Kota Melaka semalam bertempat di PASTI Sri Ahmadiah 2.

Kawasan Kota Melaka mempunyai 7 buah PASTI dan semalam dapat dikumpulkan wakil guru dari 5 buah PASTI.

Program berjalan secara santai dan dibantu oleh 4 orang AJK kawasan iaitu Pn Junainah (Unit Kurikulum), Pn Norizan (Naib Setiausaha), saya dan Pn Dzuhaira.

Perkongsian mengenai BBB, idea membina bahan, hands-on dan membuat persembahan (micro teaching). Salah satu bahan saya gunakan Busy Bag yang dibuat untuk Khaulah =)

Hanya sempat bina 2 jenis bahan iaitu aktiviti pengecaman warna dan membina puppet dari beg kertas.

1) Aktiviti pengecaman warna.

Bahan yang digunakan 

Gabus telur
Warna air
Berus warna
Gunting

Cara = 

① Gunting gabus telur sebaris demi sebaris. Anggaran dalam 6 bekas .
② Warnakan sebaris demi sebaris dengan warna yang disukai.
③ Keringkan di bawah matahari atau kipas.
④ Gunting setiap bekas telur. Boleh mulakan aktivito dengananak murid dengan padankan warna yang sama, tindankan bekas telur dan lain-lain aktiviti yang dirasakan sesuai.

2) Puppet Singa dari beg kertas

Bahan yang diperlukan =
Beg kertas coklat 
Templat singa
Gunting
Gam
Pensel warna atau krayon
Cara = 

① Warnakan templat singa
② Gunting
③ Tampal singa pada beg kertas coklat mengikut arahan yang diberi.
④ Siap untuk dibuat aktiviti :)

Templat singa didapati daripada laman sesawang abcteach.com.

Insya Allah saya cuba muat naik templat tersebut nanti.

Semoga ada manfaatnya ^_^
Jazakallahu khaira buat semua yang terlibat.

Sesi penerangan dan membuat kraf daripada gabus telur

Brown bag puppet

Micro teaching

Majlis penutup dan pemberian sumbangan buku cerita bergambar kanak-kanak

Pautan berguna :

Brown Bag Puppet :

http://www.abcteach.com/directory/prek-early-childhood-fun-activities-paper-bag-puppets-3033-2-1

http://www.pinterest.com/cechazulle/paper-bag-crafts/

Selasa, 10 Disember 2013

Busy Bag Ideas

Bismillahirrahmanirrahim.

Sejak Oktober lepas asyik sekali melihat aktiviti-aktiviti kreatif untuk anak-anak melalui laman sesawang luar negara.

Pertama kali melihat konsep Busy Bag, ia sangat menarik hati. Menggunakan bahan yang terhad dan sedikit idea yang Allah ilhamkan dapatlah beberapa aktiviti untuk anak kecil saya.

Saya lihat objektif awal Busy Bag yang dibuat oleh ibu-ibu di luar negara ini bertujuan menyediakan aktiviti semasa dalam perjalanan (travel) yang memakan masa yang panjang, waktu tengahari (bagi anak yang tidak mahu tidur tengahari), aktiviti hujung minggu dan sebahagian aktiviti "homeschooling". Wallahualam. Sekadar menyebut beberapa objektif.

Bagi saya, sebenarnya mahu mengelakkan anak menonton TV, bermain telefon atau menyanyi. Opss.. ^_^

Memang memakan masa yang panjang kerana masa yang terbahagi untuk komitmen-komitmen lain.

Permulaan ini aktiviti yang dibuat lebih kepada kemahiran mengecam, motor halus, kognitif dan pra menulis. Dalam proses ialah aktiviti kraf yang mudah dan boleh dibawa ke mana-mana, buku mini, karung cerita (story sack) dan aktiviti berdasarkan huruf hijaiyah dan akhlak islamiah.

Masya Allah. Mampukah saya?


1. Roda warna.
Menggunakan kotak terpakai, kertas warna dan penyepit baju jenis kayu yang ditampal kertas warna yang sama.

2. Aktiviti mencantum (jigsaw puzzle).
Ada beberapa set. Ada yang menggunakan batang ais krim, jigsaw puzzle yang dibeli dan ada yang dicetak sendiri.

3. Tangram.
Saya memperolehi tenplate tangram dari buku Holiday Activity Book. Menggunakan kain felt.

4. Aktiviti pra menulis.
Dapat template percuma dari beberapa laman sesawang. Tidak dapat saya tunjukkan kerana hakcipta dari pemilik asal yang tidak membenarkan paparan di mana-mana kecuali disertakan alamat blognya sahaja. Saya masukkan juga kad imbas yang boleh ditulis-padam.

5. Buku cerita mini.
Muat turun percuma dari blog amuslimchildisborn.blogspot.com.

6. Kad memori.
Beberapa set yang dibuat sendiri atau muat turun percuma dari beberapa laman sesawang. Cara bermain pernah saya catat dalam entri terdahulu.

7. Matematik untuk kanak-kanak.
Template percuma dari www.allourdays.com. sekeping kad mengandungi beberapa gambar dan pilihan jawapan. Kepitkan penyepit baju pada jawapan yang betul.

8. Kemahiran manipulatif @ Lacing
Pernah dicatat dalam entri terdahulu.

9. Padankan bentuk dengan warna yang sama.
Bahan yang digunakan ialah kain felt dan batang ais krim berwarna.

10. Padankan gambar dengan bayang-bayang yang betul.

11. Lengkapkan gambar. (Bukan jigsaw puzzle)

12. Suai padan bentuk.
Sediakan template bentuk. Laminate. Potong bentuk dari kain felt. Anak akan padankan bentuk :)

13. Membina pelangi
Gunakan kain felt. Gambar awan dan pelangi dicetak dari internet sahaja.

14. Membuat ais krim.
Aktiviti ini sebenarnya aktiviti pengukuhan mengenal warna :)


Perkongsian dari saya. Sesungguhnya yang baik itu hanya dari Allah dan segala kelemahan datang dari diri saya sendiri.

Semoga bermanfaat.

Wallahualam ^_^


Sabtu, 7 Disember 2013

Shortbread cookies

Bismillahirrahmanirrahim.

Salah satu aktiviti menarik bersama anak ialah memasak ^_^

Boleh cuba resipi Shortbread ini.

Bahan :

80g mentega
100g tepung
30g gula halus.

Cara :

1. Campurkan mentega dan gula. Gaul sebati.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul lagi.
3. Bentukkan doh dan masukkan dalam plastik (cadangan : bentukkan empat segi 10cm x 20cm. Tetapi boleh sahaja roll bentuk silinder).
4. Masukkan ke dalam peti sejuk selama sejam.
5. Keluarkan dan bentukkan doh ikut suka ^^,
6. Bakar dalam oven pada suhu 170 darjah Celsius selama 15-20 minit.
* adunan agak lembut. Tunggu biskut sejuk baru pindahkan ke dalam bekas.

Bentuk silinder pun OK kerana senang dipotong selepas dikeluarkan dari peti sejuk. Biskut akan berbentuk bulat. Mahu terap pun bagus juga.

Tapi disebabkan buat bersama anak, saya ikut cadangan resipi asal iaitu bentuk empat segi yang tak berapa nak segi. Tidaklah rupa shortbread yang asal.

Selamat mencuba. Semoga bermanfaat :)

Hasil tangan Khaulah (kecuali yang bulat itu)