Sejak Oktober lepas asyik sekali melihat aktiviti-aktiviti kreatif untuk anak-anak melalui laman sesawang luar negara.
Pertama kali melihat konsep Busy Bag, ia sangat menarik hati. Menggunakan bahan yang terhad dan sedikit idea yang Allah ilhamkan dapatlah beberapa aktiviti untuk anak kecil saya.
Saya lihat objektif awal Busy Bag yang dibuat oleh ibu-ibu di luar negara ini bertujuan menyediakan aktiviti semasa dalam perjalanan (travel) yang memakan masa yang panjang, waktu tengahari (bagi anak yang tidak mahu tidur tengahari), aktiviti hujung minggu dan sebahagian aktiviti "homeschooling". Wallahualam. Sekadar menyebut beberapa objektif.
Bagi saya, sebenarnya mahu mengelakkan anak menonton TV, bermain telefon atau menyanyi. Opss.. ^_^
Memang memakan masa yang panjang kerana masa yang terbahagi untuk komitmen-komitmen lain.
Permulaan ini aktiviti yang dibuat lebih kepada kemahiran mengecam, motor halus, kognitif dan pra menulis. Dalam proses ialah aktiviti kraf yang mudah dan boleh dibawa ke mana-mana, buku mini, karung cerita (story sack) dan aktiviti berdasarkan huruf hijaiyah dan akhlak islamiah.
Masya Allah. Mampukah saya?
1. Roda warna.
Menggunakan kotak terpakai, kertas warna dan penyepit baju jenis kayu yang ditampal kertas warna yang sama.
2. Aktiviti mencantum (jigsaw puzzle).
Ada beberapa set. Ada yang menggunakan batang ais krim, jigsaw puzzle yang dibeli dan ada yang dicetak sendiri.
3. Tangram.
Saya memperolehi tenplate tangram dari buku Holiday Activity Book. Menggunakan kain felt.
4. Aktiviti pra menulis.
Dapat template percuma dari beberapa laman sesawang. Tidak dapat saya tunjukkan kerana hakcipta dari pemilik asal yang tidak membenarkan paparan di mana-mana kecuali disertakan alamat blognya sahaja. Saya masukkan juga kad imbas yang boleh ditulis-padam.
5. Buku cerita mini.
Muat turun percuma dari blog amuslimchildisborn.blogspot.com.
6. Kad memori.
Beberapa set yang dibuat sendiri atau muat turun percuma dari beberapa laman sesawang. Cara bermain pernah saya catat dalam entri terdahulu.
7. Matematik untuk kanak-kanak.
Template percuma dari www.allourdays.com. sekeping kad mengandungi beberapa gambar dan pilihan jawapan. Kepitkan penyepit baju pada jawapan yang betul.
8. Kemahiran manipulatif @ Lacing
Pernah dicatat dalam entri terdahulu.
9. Padankan bentuk dengan warna yang sama.
Bahan yang digunakan ialah kain felt dan batang ais krim berwarna.
10. Padankan gambar dengan bayang-bayang yang betul.
11. Lengkapkan gambar. (Bukan jigsaw puzzle)
12. Suai padan bentuk.
Sediakan template bentuk. Laminate. Potong bentuk dari kain felt. Anak akan padankan bentuk :)
13. Membina pelangi
Gunakan kain felt. Gambar awan dan pelangi dicetak dari internet sahaja.
14. Membuat ais krim.
Aktiviti ini sebenarnya aktiviti pengukuhan mengenal warna :)
Perkongsian dari saya. Sesungguhnya yang baik itu hanya dari Allah dan segala kelemahan datang dari diri saya sendiri.
Semoga bermanfaat.
Wallahualam ^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan