Sudah lama tak buat aktiviti untuk anak. Terakhir ialah Busy Bag. Kemudian tumpu kepada pengajian al-Quran dan bahasa. Tiba-tiba minat datang untuk buat Lap Book untuk si sulung. Duduklah meng"Google" selama 2 hari. Fahami konsep dan kumpul idea, pergi beli barang dan hari ini berusaha menyiapkannya.
Masya Allah. Sangat menguji ketahanan fizikal dan ketekunan saya (sebabnya saya sudah hampir 40 minggu. Ngee..)
Apa yang saya faham, Lap Book diberi nama kerana boleh dipegang oleh kanak-kanak dan saiznya boleh muat atas riba anak (heh..ye ke fahaman ni?) dan mengandungi pelbagai maklumat, fakta atau aktiviti berkaitan sesuatu topik. Apa yang menarik, tiada cara khusus. Semuanya bergantung kepada kreativiti si pembuat!
Jika rajin mencari, ada banyak templat dan idea membuat lap book di internet. Subhanallah agak teruja melihatnya (",)
Ops...baik abaikan.
Ini hasil pertama. Semoga anak-anak saya beroleh manfaat.
Lap Book : Adab Sebelum dan Selepas Bangun Dari Tidur
Kulit hadapan |
Bukaan pertama. Sebelah kiri aktiviti lisan (yang mana betul atau salah), sebelah kanan susun kepingan puzzle |
Hasil jigsaw puzzle yang telah disusun |
Bukaan kedua - utama. Ada 3 bahagian ; Sunnah sebelum tidur (Buku Mini), Sunnah Selepas Bangun Tidur dan permainan |
Zoom : Buku Mini Sunnah Sebelum Tidur |
Zoom : Sunnah Selepas Bangun Dari Tidur |
Saya gunakan kad manila bersaiz 4 helai kertas A4 yang disambungkan. Insya Allah saya akan muat naik bahan-bahan membuat lap book ini pada entri akan datang. Semoga Allah memberi kesempatan kepada saya untuk berkongsi.
Sumber rujukan saya dalam membuat lap book ini ialah buku Lebih Dari 1000 Amalan Sunnah Dalam Sehari Semalam. Ditulis oleh Khalid Al-Husainan. Penerbit Pustaka Imam Asy-Syafi'I.
Wallahualam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan