Khaulah dan lap book Adab Sebelum dan Selepas Tidur |
Bismillah walhamdulillah.
Sejak anak mula pandai membaca, saya baru sedar buku di pasaran untuk pembaca cilik @ early readers dalam Bahasa Melayu sangat kurang.
Terpanggil untuk bina bahan bacaan sendiri untuk anak. Insya Allah dalam rangka usaha tersebut. Namun risau beberapa faktor ; saya bukan pakar bahasa, bukan juga pakar pendidikan awal kanak-kanak. Nampaknya perlu banyak membaca lagi ^_^
Dalam masa menyiapkan draf lap book seterusnya dan buku cerita mini ini, ditakdirkan saya bersalin awal. Tangguh dahululah jawabnya projek saya ini ;)
Moga Allah memberi kesempatan saya menyiapkan projek itu nanti. Insya Allah.
Setakat ini anak membaca buku cerita BAWAL terbitan DBP satu ketika dahulu. Alhamdulillah. Dia sangat seronok mengulit buku-buku itu meskipun diulang baca cerita yang sama :)
Oh ya, ada siri lain yang bagus untuk pembaca awal. Suka dengan siri tersebut. Terbitan Penerbitan Pelangi. Sebuah buku berharga RM3.90, 1 set ada 10 buah buku = RM39.00. Pernah nampak di Kinokuniya dan Kedai Buku Popular.
Allahu yubariku fik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan