Sabtu, 29 November 2014

Hari Keluarga

Bismillahirrahmanirrahim.

Saban tahun, ada sahaja program yang dianjurkan ketika cuti sekolah untuk anak-anak yang datang kelas mengaji di rumah.

Saya pun sudah ingat-ingat lupa. Mungkin bermula pada tahun 2009 apabila kami membawa mereka melawat dan mandi di taman air Taman Buaya Melaka. Tahun-tahun selepas itu kami ke Air Panas Pedas selain diselang-selikan dengan Kem Anakku Soleh Solehah, Master Chef - Memasak Tanpa Api, Usrah remaja dan sukaneka.

Tahun ini disebabkan kekangan waktu yang begitu menghambat kami memilih untuk menganjurkan Hari Keluarga Kelas Mengaji Baitul Fatimah pada hari ini bermula 8.00 pagi. Semua ibu bapa di jemput hadir dan membawa sepiring makanan. Ala-ala pot luck :)

Ada beberapa pertandingan yang dianjurkan kali ini iaitu :

* Pertandingan Bijak Bahasa Arab (8 tahun ke bawah)
* Pertandingan Bacaan Surah Al-Fatihah (Umur 4 - 5 tahun)
* Pertandingan Hafazan Juzuk Amma (Sekolah rendah dan menengah)
* Pertandingan Azan (Sekolah rendah dan menengah)
* Kuiz ibu bapa

Lebih istimewa, tetamu jemputan sudi hadir dan berkongsi ilmu dalam mendidik anak dengan al-Quran. Pn Siti Aminah (Facebook : Anakku Alhafiz) hadir bersama suami dan dua anaknya. Semoga Allah merahmati keluarga ini dengan berkat Al-Quran.

Pn Siti Aminah pernah bekerja sebagai Audiologist pada satu ketika dahulu namun telah meletakkan jawatan ekoran anaknya yang sulung ini sering sakit ketika kecil. Beliau turut menunggu sehingga majlis hampir selesai dan sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang ;)

Kagum dengan semangat beliau yang mendidik anak hafaz al-Quran. Allahu. Semoga Allah kurniakan saya dan suami semangat mendidik anak-anak menjadi hafiz hafizah. Semoga anak-anak yang turut mendengar perkongsian tadi beroleh motivasi untuk memulakan langkah menghafaz al-Quran. Insya Allah.



Displaying IMG_20141129_153340.jpg
Pertandingan hafazan

Adik Muiz memperdengarkan bacaan Surah Muzammil


Tidak kurang menarik lagi, kali ini kami mendapat hadiah tajaan dari Pn Khadijah Gani. Masya Allah Tabarakallah. Semoga Allah memurahkan dan memberkati rezeki beliau sekeluarga. Kami mendapat tajaan 8 buah buku dari pelbagai bidang dan poster-poster mengenal huruf hijaiyah hasil inovasi dari Pn Khadijah sendiri.

Subhanallah, nikmat Tuhanmu yang manakah mahu kamu dustakan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan