Jumaat, 25 Disember 2009

Rehlah I

Bimillahirrahmanirrahim.

Hari ini ke Taman Buaya dan Rekreasi, Ayer Keroh Melaka. Membawa seramai 25 orang kanak-kanak riang dan 9 orang besar :D 1 van dan 4 kereta.

Perancangan ke Taman Buaya ini menggantikan pelan program di Taman Seribu Bunga, Melaka yang entah bilalah kakak dan abang mereka nak buat ini.

Menepati masa sungguh mereka kali ini! Yang pasti, tidak ada yang tertinggal :D

Masuk dengan tiket "Buy 1, Free 1". Harga tiket dewasa RM 10 dan kanak-kanak bawah 12 tahun RM 6. Ada 25 kanak-kanak riang, jadi guna 13 tiket (rugi 1 tiket free) dan 4 tiket dewasa.



Apa yang ada di dalam Taman Buaya ini?

Pelbagai jenis buaya.

Rumah Hantu.

Rumah Cermin.

Keretapi.

Paling seronok --> Taman tema air!

Ada juga pertunjukan buaya. Tapi, tadi tak sempat tonton. Masa sudah over limit. Hendak menunaikan solat Jumaat.

Seronok mereka main air. Sampai ada yang tak nak balik! Huhu..

Terima kasih. . .

Kepada mereka yang membantu program ini - Mak, ayah, Kak Yah dan abang Halim, Wan, Ipi.

Kanak-kanak riang sekalian.

Dan pakcik van :D

Lepas ini kita rancang program lain pula. Insya Allah :)


Nota kaki :- Gambar akan dimuat naik kemudian, insya Allah.

Rabu, 23 Disember 2009

Words For Today

Good, better, best.
Never let it rest.
Until your good is better and your
better is BEST.
(Tim Duncan)

Khamis, 17 Disember 2009

1 Muharam 1431H

Bimillahirrahmanirrahim.

Tema tahun ini "Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah". Ada program menarik sempena 1 Muharam esok...Lihat banner di bawah. Mari beramai-ramai hadir ke majlis ini :)




Saya terjumpa beberapa artikel berkaitan dengan Awal Muharam ini. Rupanya ada juga hal berkaitan dengan ucapan selamat tahun baru Hijrah (klik sini) dan amalan membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun sebanyak 3x (klik sini - bertajuk Amalan Sunnah dan Bidaah di bulan Muharam) di mana doa ini bukanlah daripada Rasulullah SAW.
Wallahualam

Isnin, 14 Disember 2009

ALHAMDULILLAH (",)

Bimillahirrahmanirrahim.


Baru sahaja semalam berfikir-fikir mengenai posting.

Hari ini dapat keputusannya :)


SKPK Melaka.
Daftar pada 4 Januari 2010.

Syukur alhamdulillah.




Murid masalah pendengaran belajar menggunakan silibus yang sama dengan pelajar normal. Aha..macam mengajar aliran perdanalah ni :) Selamat tinggal LD..uhu.. Takpe, mana-mana sekolah pun sama.


Setakat ini yang baru kutahu :

Raja Azleen di SKPK Seremban
Nazma Nizura @ Mek di Negeri 9 (masih belum tahu sekolah)
Salwana di Sabak Bernam (sekolah depan rumah! ;))

Buat rakan-rakan lain, selamat bertugas di tempat yang ditetapkan. SELAMAT MENJADI GURU YANG CEMERLANG & BERDEDIKASI.
~ Keep in touch ~

Ahad, 13 Disember 2009

Mereka juga ada jiwa DAI'

Bimillahirrahmanirrahim.

Sudah tiga minggu saya berada di rumah. Still in holiday mood. Entah sampai bila. Kononnya boleh semak penempatan GSST melalui SMS = (Type MOE GSST IC & SEND TO 15 888). Katanya lagi hanya guru yang ke Sabah dan Sarawak sahaja akan dapat tahu melalui SMS ini. Yang lain boleh semak dalam laman sesawang KPM 17 Disember 2009 ini. Entah. Wallahualam.

Tamat sahaja KISSM (Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia) 25 November lalu, masa "cuti" ini digunakan sebaiknya. Pulang ke kampung ayah di Perlis membawa 2 orang ahli keluarga yang baru; 2 menantu lelaki mak dan ayah dengan tujuan memperkenalkan kepada kaum kerabat di sana. Seronok. Jarang berkumpul begini =)

Adik bongsu ayah seorang Sindrom Down. Kami panggil Pak Su Anas. Umurnya sudah 31 tahun. Panjang umurnya kan? Biasanya golongan Sindrom Down tidak panjang hayatnya. Alhamdulillah, semoga Allah memberkati.
Pak Su (baju biru)

Mengapa saya sebut pasal Pak Su? Ha.. jangan tak sangka.. mereka juga ada jiwa DAI'. Ada dua insiden yang menyebabkan kami geli hati dengan dia. Pertama, ketika duduk santai sambil minum teh 'o' di rumah Tok Su, kami tak perasan perubahan muka dia tatkala melihat adik dan suaminya duduk bersebelahan. Sampai satu ketika, mungkin dia rasa marah dia lalu duduk di antara adik saya dan suaminya. Katanya (dengan nada marah), "Ish, haram..haram.."

Saya pula ingin mengusiknya lalu duduk berdekatan dengan suami. Tahu apa yang dikatanya? "Gatainya..." Aduh, kena sebijik >_<

Kedua, kami ini dikira musafir. Jadi solat jamak dan qasar dilakukan di sana. Pada satu hari selepas solat Isyak, Pak Su mengadu kepada ayah saya yang kami ini (anak-anak buahnya) tidak solat Isyak bersamanya malam itu dan tidak solat Asar petang tadi :D Subhanallah. Jiwanya juga cenderung ke arah kebaikan. Malah berani menegur jika seseorang melakukan perkara maksiat. Kagum. Insaf. Secara automatik membuatkan saya bermuhasabah. Masya Allah. Subhanallah.

اللهم هد ني و سد د ني
(Allahummahdini wa saddidni)

"Ya Allah, berilah petunjuk kepadaku dan istiqamahkanlah diriku".
Amin..

Jumaat, 4 Disember 2009

Tribute to IPIK (2)

Bismillahirrahmanirrahim.


Saya telah menyertai Pertandingan Intel Teach Programme pada 2007 bersama dua orang lagi rakan, Ismadi Ghazali dan Darusalam Ab Rahman. Dengan bimbingan daripada pensyarah-pensyarah yang sangat berdedikasi dan bersemangat :) - Pn Nazifah dan Pn Khalidah dari Jabatan Sains dan Matematik serta Cik Fatin Lim Siew Geck dari Jabatan Teknologi Maklumat (kini bertugas di HEP). Setinggi-tinggi penghargaan buat mereka dan Puan Pengarah, Pn Noorul Aini bt Abdul Rahman atas sokongan yang diberi. Rakan-rakan juga banyak membantu secara langsung dan tidak langsung.


Kami diberi satu kursus di bawah pengelolaan Intel Malaysia pada penghujung tahun 2006. Siapa sangka kedua orang rakan saya berjaya mewakili IPIK ke peringkat kebangsaan. Asalnya hanya mereka berdua tetapi disebabkan memerlukan seorang penterjemah bahasa isyarat, saya dipanggil untuk membantu mereka. Alhamdulillah, rezeki kami untuk menang pada tahun tersebut. Markah antara tempat pertama dan kedua berbeza 1 markah sahaja. Kelebihan kami ialah pada penggunaan bahasa isyarat dan video bahasa isyarat yang dirakamkan. Turut sama membantu ketika sesi merakam video ialah Raja Azleen :)


Sumber : Di
sini



Sumber : Di sini


Sisipan artikel selepas memenangi pertandingan ini

Topik yang dipilih adalah daripada sukatan pelajaran Pendidikan Kesihatan Tahun 4. Peserta dikehendaki membina dua jenis bahan iaitu bahan rujukan guru dan murid. Guru perlu menyediakan satu garis panduan dan membuat demonstrasi kepada murid sebelum memberi tugasan kepada murid. Kaedah pengajaran dan pembelajaran ini mengambil kira Kajian Masa Depan dan menyediakan murid dalam menghadapi cabaran akan datang.

Pertandingan ini agak mencabar dari segi mental dan emosi :) Namun begitu, ini merupakan antara kenangan manis kerana saya banyak belajar daripadanya. Insya Allah saya cuba aplikasikan ke dalam P&P saya di sekolah nanti.

Jumaat, 27 November 2009

Ranau, Setahun yang Lalu

Tahun lepas, saya berkesempatan berkunjung ke Negeri di Bawah Bayu menziarahi keluarga Wati di Ranau. Saya dan Emma begitu teruja untuk bercuti ke sana. Sememangnya 8 hari di sana amat berbaloi di samping begitu terharu dengan cara keluarga Wati meraikan kami sebagai tetamu.

Saya jatuh hati dengan kampung Wati. Nyaman sekali. Subhanallah. Saya begitu bersyukur kerana Allah memberi rezeki dan peluang untuk kami ke sana. Banyak yang saya pelajari dan insafi. Semoga kembara kami mendapat redha Ilahi....

Dari atas kiri :- Pemandangan di belakang rumah Wati selepas subuh. Menakjubkan :) Gambar bawah dari kiri, kami berhenti seketika mengambil gambar semasa dalam perjalanan ke kebun bapanya. Banjaran gunung yang panjang.



Dari atas, kiri ke kanan :- Perjalanan ke kebun bapa Wati di hari kedua kami di sana. Diketuai oleh Haidin, adik Wati. Gambar-gambar yang lain itulah kebunnya. Yang tumbuh hijau itu bukan rumput ya..Itu padi bukit namanya :) Di celah-celah padi bukit ini ada ditanam sayur bayam pelbagai jenis.

Hari ketiga di Ranau, kami dibawa melawat Kinabalu Park dan Kundasang War Memorial. Sejuuuk..kena pakai sweater. Sampai dapat rawatan di Hospital Ranau..Hehe..lelah menyerang..

Gambar-gambar sekitar lawatan ke Kinabalu Park dan Kundasang War Memorial
Ha..ini pula sewaktu kami ke Poring Hot Springs.. Subhanallah cantik sungguh air terjun yang ada. Ada banyak air terjun. Tapi hanya mampu sampai ke Air Terjun Kipungit ini sahaja.
Banyak lagi yang sempat kami teroka antaranya Canopy Walk, kolam air panas Poring, berjalan-jalan di dalam Taman Kinabalu (dapatlah merasa berada di kaki gunung Kinabalu), melihat-lihat gerai-gerai di Kundasang, membeli-belah di Kota Kinabalu dan menghadiri majlis perkahwinan di sana. Dapatlah kami lihat budaya orang Sabah meraikan majlis perkahwinan.
Jazakallah buat keluarga Wati yang sudi menerima kehadiran kami. Semoga Allah murahkan rezeki mereka dan memberkati hidup mereka sekeluarga.
Tahun ini, masing-masing sudah tamat belajar dan pulang ke kampung halaman masing-masing. Entah bila boleh bertemu lagi. Apa pun selamat bercuti dalam debaran menunggu penempatan sekolah! ;)

Eidul Adha



Bimillahirrahmanirrahim.

Hari Raya Aidiladha 1430 kini menjelma. Saya mendapat artikel di bawah ini melalui edaran risalah yang diterima. Artikel ini ditulis oleh Dr Abdul Basit Abdul Rahman yang juga menterjemahkan Hisnul Muslim ke dalam Bahasa Melayu. Semoga sama-sama dapat mengambil manfaatnya :)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kelebihan Sepuluh Hari Awal BULAN ZULHIJJAH
Risalah asal bertajuk ( Fadl Ayyam Asyr Zul-Hijjah), Terbitan Dar Al-Watan, Riyadh dan telah disemak oleh: Sheikh Abdullah bin Abdur Rahman Al-Jibrin.

KELEBIHAN SEPULUH HARI AWAL BULAN ZUL-

الحمد لله رب العالمين, والصلاة والسلام على سيد المرسلين ..... وبعد:
Di antara kelebihan dan kurniaan Allah untuk hamba-Nya ialah dijadikan bagi mereka beberapa musim untuk memperbanyakkan amal ibadat dengan dijanjikan pahala yang berganda banyaknya. Salah satunya ialah:
-Sepuluh hari yang terawal pada bulan Zul-Hijjah.

Beberapa dalil dari Al-Quran dan Hadis telah menyebut tentang kelebihannya:
Firman Allah :
{[ وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ {[سورة الفجر: 1-2]
:: Yang dimaksudkan di sini ialah sepuluh malam yang pertama pada bulan Zul-Hijjah. Demikian juga tafsiran Ibnu Abbas, Ibnu Az-Zubair, Mujahid dan lainnya. (Di riwayatkan oleh Imam Bukhari).
2. Dari Ibnu Abbas , Rasulullah SAW telah bersabda:
( ما من أيام, العمل الصالح فيهن أحب إلى الله من هذه الأيام العشر). قالوا: ولا الجهاد في سبيل الله؟ قال : (ولا الجهاد في سبيل الله إلا رجل خرج بنفسه وماله فلم يرجع من ذلك بشيء ).
[رواه البخاري 969، وأحمد 1968، والترمذي 757، واللفظ له].
Maksudnya: “Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain dari hari-hari yang sepuluh ini.” Para sahabat bertanya: Walaupun berjihad di jalan Allah? Rasulullah bersabda: “Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).”(H.R: Al-Bukhari, Ahmad, At-Tirmizi).
3. Firman Allah :
وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ{ [سورة الحج: 28
Maksudnya: {Hendaklah kamu menyebut nama Allah pada hari-hari yang ditentukan.} (Surah Al-Haj: 28). Kata Ibnu Abbas : Maksudnya ialah hari-hari yang sepuluh itu.
4. Dari Ibnu Umar, Rasulullah SAW bersabda:
(ما من أيام أعظم عند الله، ولا أحب إليه العمل فيهن من هذه الأيام العشر، فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد) [رواه أحمد 5446-صحيح]
Maksudnya: “Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah I dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid.”
5. Adalah Said bin Jubir (perawi yang meriwayatkan Hadis Ibnu Abbas di atas) apabila tiba hari yang tersebut beliau beribadat bersungguh-sungguh sedaya-upayanya. (Riwayat Ad-Darimi- Hasan).
6. Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar :: Yang jelasnya, di antara sebab keistimewaan sepuluh hari Zul-Hijjah ini ialah kerana terhimpun di dalamnya beberapa ibadat yang besar iaitu: solat, puasa, sedekah dan Haji. Pada waktu lain, ibadat-ibadat ini tidak pernah terhimpun sebegitu.

AMALAN-AMALAN YANG BAIK DILAKUKAN PADA HARI-HARI TERSEBUT:
1. SOLAT. Disunatkan keluar cepat menuju ke tempat solat fardhu (berjemaah) dan memperbanyakkan solat sunat kerana ianya sebaik-baik amalan. Thauban R.Anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda (maksudnya): “Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kepada Allah, kerana setiap kali kamu sujud kepada-Nya, Allah akan angkatkan darjatmu kepada-Nya dan dihapuskan kesalahanmu.” (H.R Muslim.) Ini umum untuk semua waktu.
2. PUASA. Kerana ia juga termasuk di dalam amalan soleh. Dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari setengah isteri-isteri Rasulullah r berkata: ‘Rasulullah r berpuasa pada hari sembilan Zul-Hijjah, pada hari Asyura (10 Muharram) dan tiga hari pada setiap bulan.’ (H.R Imam Ahmad, Abu Daud dan Nasa’ei). Kata Imam An-Nawawi :: Berpuasa pada hari-hari sepuluh adalah sunat yang sangat digalakkan.
3. TAKBIR, TAHLIL dan TAHMID. Ini kerana hadis Ibnu Umar yang di atas mengatakan: “Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil (mengucapkan La-ilaha-illaLlah), bertakbir (mengucapkan Allahu-Akbar) dan bertahmid (mengucapkan Alhamdulillah).”
Kata Imam Bukhari :: ‘Ibnu Umar dan Abu Hurairah y menuju ke pasar pada hari-hari sepuluh dan bertakbir. Orang ramai yang mendengarnya kemudian turut bertakbir sama.’ Katanya lagi: ‘Ibnu Umar sewaktu berada di dalam khemahnya di Mina bertakbir, apabila orang ramai yang berada di masjid dan pasar mendengarnya, mereka turut bertakbir sama sehingga Mina riuh dengan suara takbir.’
Ibnu Umar bertakbir di Mina pada hari-hari tersebut selepas mengerjakan solat, pada waktu rehat, di dalam majlis dan di semua tempat. Maka sunat mengangkat suara sewaktu bertakbir berdasarkan perbuatan Sayyidina Umar, anaknya dan Abu Hurairah Antara lafaz-lafaz takbir yang diriwayatkan oleh para sahabat dan tabiin:

الله أَكْبَر. الله أكْبَر. الله أكْبَر كَبِيْراً.
الله أكْبَر. الله أكْبَر. لا إِلهَ إِلا الله وَالله أكْبَر.
الله أكْبَر. وَلِلّهِ الْحَمْد.
الله أكْبَر. الله أكْبَر. الله أكْبَر. لا إِلهَ إلا الله وَالله أكْبَر.
الله أكْبَر. الله أكْبَر . وَلله الْحَمْد.
4. PUASA PADA HARI ARAFAH. Hendaklah berpuasa bagi sesiapa yang mampu pada hari Arafah (9 Zul-Hijjah) kerana amalan ini telah sabit dari Rasulullah Sollallahualaihi Wasallam. Baginda telah bersabda mengenai kelebihannya.
(أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله والسنة التي بعده) [رواه مسلم]
Maksudnya: “Aku mengharapkan Allah menghapuskan kesalahan setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” (H.R Muslim).
PERINGATAN: Ini hanyalah disunatkan untuk orang yang tidak mengerjakan haji sahaja. Tetapi bagi jemaah haji yang sedang berwukuf di Arafah tidak disunatkan berpuasa kerana Rasulullah r tidak berpuasa sewaktu Baginda wukuf di Arafah iaitu pada tahun Baginda mengerjakan haji.
5. KELEBIHAN HARI RAYA KORBAN (YAUM AN-NAHR), 10 ZUL-HIJJAH.
Kebanyakan orang Islam telah lupa akan kelebihan hari ini. Kebesaran dan kelebihan perhimpunan umat Islam yang begitu ramai dari seluruh pelusuk dunia. Sesetengah ulama’ berpendapat hari ini ialah hari yang paling afdhal didalam setahun sehingga melebihi hari Arafah. Kata Ibnu Al-Qayyim :: ‘Sebaik-baik hari di sisi Allah ialah hari Nahr, iaitu hari Haji yang besar (Hajj Al-Akbar), seperti yang tersebut di dalam Sunan Abi Daud [No.1765], hadis Rasulullah r yang bermaksud: “Sesungguhnya hari yang paling besar di sisi Allah ialah hari Nahr, kemudian hari Qar”. (Hari Qar ialah hari yang para jamaah haji mabit (bermalam) di Mina iaitu hari kesebelas Zul-Hijjah).
Setengah ulama' lain pula berpendapat hari Arafah lebih afdhal kerana berpuasa pada hari itu mengampunkan dua tahun kesalahan, tidak ada hari lain yang Allah merdekakan hamba-Nya lebih ramai dari hari Arafah dan pada hari itu juga Allah turun menghampiri hamba-Nya dan berbangga kepada malaikat dengan hamba-Nya yang berwukuf pada hari tersebut.
Yang lebih tepatnya ialah pendapat yang pertama (Hari Nahr), kerana hadis telah jelas menyebutkan kelebihannya dan tidak ada yang menyalahinya.

Samada hari Nahr atau hari Arafah yang lebih utama, hendaklah setiap muslim, yang bermukim atau yang mengerjakan haji mengambil peluang ini dengan sepenuhnya untuk mendapatkan kelebihan beribadat pada keduanya.
CARA MENYAMBUT MUSIM KEBAJIKAN:
1. Setiap muslim hendaklah menyambut kedatangan musim kebajikan umumnya dengan bertaubat yang sebenar-benarnya, meninggalkan segala dosa dan maksiat kerana dosalah yang menyekat manusia dari kebaikan dan menjauhkannya dari Tuhannya.

2. Menanam semangat dan azam yang kuat untuk mendapatkan keredhaan Allah I. Firman Allah yang bermaksud: {Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, nescaya Kami tunjukkan kepada mereka jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama mereka yang berbuat baik.} (Al-Ankabut: 69).

Akhirnya, sama-samalah kita berdoa semoga kita dipilih oleh Allah untuk termasuk ke dalam golongan mereka yang berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan. Kepada para jamaah haji semoga mendapat Haji yang mabrur, Amin.
Sekian, wassalam. Abu Anas Madani (Dr Abdul Basit Abd Rahman)

Madinah Munawwarah, 30 Zul-Qi’dah 1418H / 28 Mac 1998. Suntingan terbaru: 19 Zul-Qi’dah 1426H / 21 Dec 2005.

Khamis, 26 November 2009

Tribute to M.P.I.K (I)

Bimillahirrahmanirrahim.

Akhirnya...... tamat juga pembelajaranku di IPIK terchenta ini. 5 tahun setengah menimba ilmu di sini. Banyak yang dipelajari, dilalui, dan dirasai. Sedih bangat nak tinggalkan tempat ini tapi sudah sampai masanya menabur bakti mendidik anak-anak istimewa di luar sana (",)

Imbas kembali saat mula melangkah ke tempat ini. Waktu itu masih dikenali dengan nama Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK). Saya sebenarnya telah hampir tiga semester di KUTKM tetapi perancangan Allah, saya berjaya dalam temuduga dan menerima tawaran mengikuti batch perintis Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas / Bahasa Melayu) di MPIK.

Pada mulanya agak berat hati meninggalkan KUTKM lantaran mengenangkan banyak duit mak ayah yang telah habis untuk menampung kos saya belajar di situ. Tetapi memikirkan hal ke maktab ini juga merupakan harapan mak ayah, saya turutkan juga. Dalam hati, pelbagai persoalan timbul; "Macam mana keadaan di maktab?, rakan-rakan macam mana?, apa yang perlu dipelajari dalam Pendidikan Khas?" dan lain-lain.

19 Julai 2004, saya mendaftar diri sebagai seorang pelajar baru di MPIK. Sesampai sahaja... "Hah, macam ni ke maktab? Huhuhu..." Kenapa saya terkejut? Aha...sebab bangunan MPIK ketika itu masya Allah..burukk..ngeh3...(marah Pengarah kalau tau). Masa itu belum ada pembaharuan seperti sekarang. Sekali lagi saya terkejut bila mendapati hanya saya dan beberapa orang sahaja yang memakai baju biasa. "Oh...kena pakai baju hitam putih macam budak sekolah ke.." Waktu itu semua senior nampak baiiikkk je..

Siang hari pertama tidak banyak aktiviti. Selepas pendaftaran, kami diberi peluang membeli barang keperluan dan membuat persiapan sebelum Minggu Pengurusan Pelajaran Baru. Mak, ayah dan Long (bapa saudara) pulang selepas zohor dan bermulalah kehidupan saya di Kay Ell ini.

Rakan sebilik saya (yang sememangnya kekal setia sebilik dengan saya sehingga habis tempoh 5 tahun setengah di sini) berasal dari Perak, Emma Shafiza bt Mohd Isa. Orangnya nampak diam-diam ubi berisi. Pertama kali bertemu dengannya saya sudah berasa senang dan mukanya dah memang macam cikgu pun :D Cik Emma

Orientasi malam di MPIK...tak sangka ianya "menakutkan". Ohohoho...ada lagi sistem ragging di sini.. Huwarghhh.. Namun begitu tak adalah kena denda cuci baju senior ke atau berlari tengah padang pukul 3 pagi atau merangkak sepanjang koridor asrama... Hehehehe.. Tapi kami semua seolah-olah dibrainwash. Memang menggunakan kekuatan mental sungguh! Penat, menakutkan dan terseksa. Hehe...Tapi saya anggap itu semua sebagai cara untuk menguatkan mental, emosi dan jasmani kami je.. Jadi, saya tidaklah berapa peduli sangat apa yang mereka buat.

Apa yang dibuat semua tak kena. Asyik kena marah je. Tapi selepas orientasi semua itu menjadi kenangan terindah. Dan barulah kami tahu banyak "faedahnya" diragging sebegitu. Hubungan antara junior dan senior rapat dan kami menghormati mereka juga lebih menghargai pensyarah-pensyarah. Dalam buku "Guru Arkitek Bangsa" hampir seratus peratus saya alami sendiri pengalaman itu :)

Paling tak boleh dilupakan pengalaman membuat Kemahiran Mendengar, Tabik Spring, dan Buang Gelak. Juga waktu riadah kena denda buat godek-godek (adusss...). Semasa minggu orientasi juga ada password dan kata-kata tertentu yang diberi oleh beberapa orang pelajar. Mereka dikehendaki menyebut dengan kuat kata-kata tersebut apabila nama mereka di panggil. Amir Azri (NYDP), Kak Elma, dan beberapa orang senior lagi sememangnya akan diingati "sempena" minggu orientasi itu....Huhuhu... Andai ada yang terbaca entri ini, saya secara jujurnya mengaku memang sakit hati juga masa tu tapi sememangnya orientasi dari anda jugalah yang menjadi sedikit penyumbang kami terus bertahan hingga ke akhir tahun belajar di sini... ;)
Akan bersambung lagi.