Jumaat, 28 Jun 2013

Kursus..kurusss..kursus..

Selesai sudah menghadiri kursus pemantapan pusat sumber di Kuala Lumpur baru-baru ini pada minggu lalu. Jazakallah khaira buat suami yang sudi menjaga anak-anak sepanjang saya berkursus. Alhamdulillah juga kursus berlangsung Jumaat hingga Ahad.

Saya baru dilantik sebagai guru pusat sumber pada tahun ini menggantikan GPM (Guru Perpustakaan dan Media) sebelum ini yang naik pangkat menjadi GPK 1. Oleh kerana saya naik lewat sedikit ekoran cuti bersalin, saya tidak sempat 'study' semua perkara mengenai pentadbiran, pengurusan dan hal ehwal PSS. Oleh itu, kursus ini memberi pendedahan yang luas kepada saya dalam memahami gerak kerja PSS.

Namun begitu, pelaksanaan rintis di negeri Melaka tahun ini mengapungkan jawatan GPM dan diganti dengan penyelaras pusat sumber. Pembantu tadbir PTO N17 akan membantu tugas-tugas Guru Tugas Khas, Guru Data dan Guru Penyelaras Bestari. Oh, saya tidak berhasrat mahu menerangkan program rintis yang sedang berlangsung 1 Januari 2013 sehingga 31 Disember 2013 ini. Cuma saya bersyukur pembantu saya ini sangat rajin dan cekap membuat kerja tetapi saya sahaja yang tidak sempat mentoring and coaching beliau dalam tugasan PSS. huhu.. mana tidaknya, jadual waktu mengajar saya hampir 30 waktu berbanding GPM negeri lain yang SEPATUTNYA 8-10 waktu mengajar. Jangan salah faham ya, mereka ada lebih 10 waktu lagi menguruskan PSS.

Nama pun kursus asas, maka kesemua sesi dijalankan secara talk show. Tetapi pegawai-pegawai terbabit banyak membuka ruang soalan dan pendapat serta meminta maklum balas dari kami guru-guru PSS Sekolah-sekolah Pendidikan Khas. Antara isu yang ditimbulkan ialah ketidaksesuaian bahan bacaan yang diterima untuk murid-murid istimewa, kesukaran melaksanakan NILAM, sistem automasi di PSS dan kaedah pelaksanaan program PSS di sekolah serta tugas-tugas wajib GPM.

Saya suka sekali slot pengkatalogan dan yang seumpama dengannya pada hari kedua kursus. Baru saya tahu sistem pengelasan berbeza digunakan di sekolah dan institusi pengajian tinggi.

DDC (Dewey Decimal Classification) digunakan di sekolah
LCC (Library of Congress) digunakan di IPT kerana sistem pengelasannya lebih banyak.

Cara menampal call number atau sticker pada buku juga ada peraturannya. Kalau tidak silap, 3.5 cm dari bawah buku dan lebarnya 1.5cm. Jika buku tebal, sticker boleh ditampal di tepi buku manakala buku nipis ditampal di kulit hadapan buku.

Paling menarik ialah teknik mengajar Literasi Maklumat yang disampaikan oleh En Nor Ahmad, Pegawai dari BTP Selangor. VERSO ialah helaian yang terdapat di awal buku yang mengandungi nama pengarang, tahun terbit, tempat terbit, tanda hak cipta terpelihara dan lain-lain maklumat lagi.

Rupanya GPM wajib mengajar Literasi Maklumat kepada semua pelajar. OK, saya sudah 'blink-blink' mata waktu ini... Modulnya pun saya belum pernah lihat. Hee...

Rupanya ada di dalam bilik kerja di sekolah. Siang tadi sempat mengemas 10% bilik kerja dan mendapati banyak buku / bahan / fail yang perlu dikemaskini / direkodkan.. Hehe...

Ikutkan saya suka tugas sebagai guru pusat sumber tetapi saya AMAT memerlukan masa untuk adaptasi dengan suasana kerja yang baru dan mengambil masa untuk melangkah setapak demi setapak dalam menambah baik PSS sekolah.. Semoga Allah memberi kesempatan kepada saya untuk melaksanakan semua misi yang diimpikan. ameen..

Sebahagian sudut di dalam PSS sekolah saya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan