Selasa, 9 Julai 2013

Diari Ramadan bermula

Esok puasa! ^_^

Malam ini ialah malam pertama solat terawih. Agak mencabar buat saya. Si adik masih kurang sihat. Tidurnya mahu diriba sahaja. Bila diletak atas tilam mula terbuka mata dan menangis. Si kakak yang keletah juga tidak ketinggalan. Nampaknya perlu ada strategi supaya saya boleh solat terawih.

Sebelah petang, saya elakkan Abdullah Naufal tidur. Biarkan dia bermain sepuas-puasnya :) mandikan, beri makan dan susu. Cukup masa tidurkan walaupun agak sukar dia mahu lelapkan mata.

Si kakak pula saya ajak solat sekali, mengaji dan buat aktiviti. Selepas itu dapatlah saya solat dengan tenangnya... @_^

Ok. Khaulah main jigsaw puzzle dan memory game. Dia minta lukiskan kucing tapi....err...harimau jadinya.. hee..



Untuk memory game. Saya ambil idea dalam telefon pintar. Ini adalah salah satu cara untuk memgelakkan dia bermain telefon ;) saya buat 6 pasang gambar. Saya lukis dan warnakan kemudian saya susunkan secara rawak dalam bentuk 3x4 atau 4x3 dalam keadaan kertas yang kosong menghadap atas. Khaulah leka bermain sendiri.



Ok, selamat berpuasa semua :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan