Isnin, 28 Oktober 2013

Projek Mini Sains @Petrosains Science Festival

Bismillah walhamdulillah.


Rupa-rupanya ada Festival Sains di Petrosains 22-27 Oktober 2013. Tak rugi ke sana :)  Ada 2 pilihan diberitahu oleh pekerja kaunter iaitu bayar RM30 untuk 1 keluarga masuk ke Petrosains atau memasuki pameran di tingkat bawah dengan bayaran (err..lupa berapa RM).hehe.. Kami memilih masuk ke Petrosains.





Paling menarik apabila ada kaunter-kaunter untuk eksperimen sains mudah disediakan di stesen-stesen tertentu. Kami sempat mencuba 3 jenis aktiviti.

1) Pembentukan awan

Letak sedikit air dalam botol mineral. Nyalakan sebatang mancis dan padamkan. Masuk dlm botol air tadi. Tutup. Picit botol tu banyak kali. Buka dan picit botol perlahan-lahan. Akan nampak pembentukan gumpalan seolah-olah awan pada permukaan botol. Penerangan dari segi Sains tak pandai pula nak terangkan ^^





2) Harmonika daripada penyedut minuman

🍄Susun dalam 7 batang penyedut minuman ygang sudah dipotong mengikut saiz tertentu. Susun ikut suka. Selotep. Letakkan batang aiskrim bawah dan atas penyedut minuman tadi. Selotep sekali lagi. 




3) Tornado table challege. 

🍄 Sediakan 3 cawan kertas, 1 bola ping pong,  1 cawan plastik yg dilubangkan tapaknya. Fikirkan bagaiman bola ping pong dari cawan plastik tadi nak dibawa masuk ke dalam cawan-cawan kertas tanpa bola jatuh dan tidak boleh tukar kedudukan cawan plastik. Jawapannya, pusingkan bola dalam cawan plastik (seolah-olah taufan) dan masukkan ke dalam cawan kertas.



Boleh cuba di rumah ini ^^ Semoga bermanfaat.

Khamis, 24 Oktober 2013

24 Oktober ^^

Bismillah walhamdulillah.

Syukur alhamdulillah, Allah meminjamkan kepada kami dua orang khalifah kecil yang menjadi penyejuk hati. Khaulah dan Abdullah Naufal. Didoakan menjadi anak soleh dan solehah. Amin...

Tarikh lahir keduanya adalah sama cuma tahun sahaja berbeza ;)

Hadiah untuk anakanda berdua hari ini saya buat sendiri... Penangan "Busy Bag" yang selalu dibaca melalui laman-laman sesawang luar negara. Sejak akhir-akhir ini saya banyak meluangkan masa mencari dan 'mengkaji' mengenai Busy Bag. Ada pelbagai jenis dengan ratusan aktiviti yang dibuat khusus untuk anak-anak kecil mahupun yang sudah bersekolah mengikut tahap mereka.

Sangat seronok melihat hasil aktiviti yang berwarna-warni dan kreatif. Subhanallah. Hebatnya Allah yang meminjamkan ilmu kepada sesiapa yang dikehendakinya.

Maka, dalam masa sehari semalam saya mencari idea dan membina beberapa aktiviti untuk Khaulah terutamanya. Memandangkan usianya sudah 3 tahun, Khaulah sudah ada sedikit pengalaman sedia ada.

Inilah hadiahnya.....

1. Padanan warna @ matching colours

Saya menggunakan kotak terpakai. Potong bulat. Ambil beberapa keping kertas warna, ukur, gunting dan tampal pada roda warna ini. Saya gunakan penyepit baju kayu dan saya tampalkan warna yang sama pada roda warna.





2. Jigsaw puzzle gambar keluarga menggunakan kayu aiskrim. Cetak dan tampal pada kayu aiskrim, potong menggunakan pisau. Boleh sahaja pelbagaikan gambar. Untuk bahagian ini, Khaulah masih belum dapat menguasai sepenuhnya. Perlu bimbingan lagi :)


3. Lacing time!
Khaulah panggil 'jahit baju' sebab saya buat bentuk baju. Tebuk lubang menggunakan 'single hole puncher' dan saya sediakan benang sulam untuk 'menjahit'. Ada beberapa bentuk lagi seperti pensel, empat segi dan bulat.




4. Permainan guli.

Err... sebenarnya tidak tahu mahu gelar nama permainan ini.

Saya mengambil inspirasi dari sebuah blog. Boleh ke testyyettrying.blogspot.com. Untuk permainan ini bahan yang saya gunakan :

Penutup kotak
Beberapa batang penyedut minuman
Gam kertas / gam UHU
Pen penanda (marker pen)
Bola kecil / manik besar / guli

Gamkan penyedut minuman mengikut jarak yang sesuai secara berselang-seli. Saya lukiskan garisan putus-putus seolah-olah sebagai jalan kepada bola yang dimainkan. Boleh ubahsuai untuk membuat aktiviti yang lebih sukar :)


5. Latihan awal menulis

Saya sediakan beberapa templat yang diperolehi dari sebuah blog. Malangnya saya lupa dari mana. Cetak dan laminate. Sediakan pen penanda dan tisu untuk memadam aktiviti yang dibuat. Boleh diulang banyak kali. Ini memang kegemaran Khaulah :)




Untuk menyimpan semua bahan ini, saya gunakan beg berzip bersaiz A5 dan A4.


Semoga bermanfaat. Jika ada ibu-ibubyang mempunyai idea kreatif, bolehlah berkongsi dengan saya. Tinggalkan link anda di ruang komen. Terima kasih ^^

Sabtu, 19 Oktober 2013

Alternatif : ubat batuk untuk bayi dan anak-anak ^^

Bismillahirrahmanirrahim.

Baru-baru ini mendapat satu resipi buat anak-anak yang batuk dari seirang rakan. Biasanya bila anak batuk, kita pun jadi risau dan beri ubat batuk dari klinik. Kadang-kadang anak umur bawah setahun pun kita beri ubat klinik kerana risaukan batuknya jadi melarat.

Mungkin boleh cuba resipi ini sebagai alternatif. Kita berusaha Allah yang sembuhkan.



1/2 Dragon Fruit
1/2 Promegranate Fruit
2pc Dates
1ts VCO
1ts Raw Honey
100ml Water

Kisar dan tapis buah naga, delima dan kurma kemudian campur dengan bahan lain.

Semoga bermanfaat. Semoga Allah berkati sahabat yang berkongsi resipi ini ^^

Khamis, 3 Oktober 2013

Beryl's & Halfest 2013

Bismillahirrahmanirrahim.

Mengiringi murid-murid ke Kilang Coklat Beryl's dan The Mines. Sekejap sahaja lawatan di Beryl's. Lihat tayangan video mengenai pembuatan coklat (beberapa minit sahaja), melihat proses membuat coklat (hanya melalui bilik-bilik khas) sambil diberi penerangan dan berakhir dengan makan coklat percuma (coklat dipotong kepada kepingan-kepingan kecil). Itu sahaja. Oh ya, agenda membeli-belah coklat juga tidak ketinggalan ^^

Di The Mines, kebetulan hari ini hari pembukaan Halal Festival 2013. Maka, kami pun mendaftar (percuma) dan diberi sebuah beg  kanvas setiap seorang (percuma lagi) serta 'lencana' sebagai pas masuk.

Kemudian naik cruise. Pulang ke sekolah semula dan tiba jam 6.15 petang.

Alhamdulillah.



Rabu, 2 Oktober 2013

ABC's of Good Mom

Oh, banyak yang perlu ditingkatkan! Ingatan untuk diri sendiri ^^