Mengiringi murid-murid ke Kilang Coklat Beryl's dan The Mines. Sekejap sahaja lawatan di Beryl's. Lihat tayangan video mengenai pembuatan coklat (beberapa minit sahaja), melihat proses membuat coklat (hanya melalui bilik-bilik khas) sambil diberi penerangan dan berakhir dengan makan coklat percuma (coklat dipotong kepada kepingan-kepingan kecil). Itu sahaja. Oh ya, agenda membeli-belah coklat juga tidak ketinggalan ^^
Di The Mines, kebetulan hari ini hari pembukaan Halal Festival 2013. Maka, kami pun mendaftar (percuma) dan diberi sebuah beg kanvas setiap seorang (percuma lagi) serta 'lencana' sebagai pas masuk.
Kemudian naik cruise. Pulang ke sekolah semula dan tiba jam 6.15 petang.
Alhamdulillah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan