Kesempatan cuti hujung minggu ini dimanfaatkan secara optimum bersama anak-anak. Saya terbaca dari seorang rakan yang mengatakan kanak-kanak sebenarnya sangat seronok memasak dan kreativiti mereka terserlah ketika melakukan aktiviti memasak. Mungkin benar juga kerana Khaulah agak teruja mahu mengambil bahagian semasa proses memasak!
Saya mencuba dua buah resipi daripada sihatmacamyaya.blogspot.com dan satu lagi saya lupa dari mana. Semoga Allah memberkati kedua-dua ibu yang berkongsi resipi ini (",)
Resipi ala-ala biskut Rusk bayi
5 keping roti
* Acuan untuk menerap
*Nota : pilihan
Terapkan roti ikut bentuk yang digemari.
Susun di dalam loyang (rapat pun tidak mengapa kerana roti tidak mengembang).
Panaskan oven 15 minit sebelum membakar.
Kemudian, bakar roti pada suhu 125 darjah celcius selama 1 jam.
* Variasi : boleh juga sapukan sedikit planta, mentega atau "unsalted butter" dan tabur sedikit gula pada kepingan roti. Rasa roti ini seperti biskut tongkat ^^
Acuan saya beli atas talian. Asalnya beli untuk buat bento. Tetapi khabarnya boleh didapati di kedai-kedai biasa seperti Kedai Daiso di AEON. |
Bahan yang diperlukan :
200g tepung gandum
200g mentega atau minyak sapi (saya gunakan "unsalted butter" jenama Anchor)
150g oat segera (saya kisar sedikit)
100g gula halus (gula icing)
Kuning telur
Cara :
Campurkan semua bahan.Uli jadi doh. (Atau guna sahaja mixer).
Bentukkan ikut kegemaran masing-masing.
Sapukan sedikit kuning telur pada permukaan.
Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 10-15 minit.
* Adunan sedikit mengembang.
Dapatlah sebekas bekalan kudapn anak-anak ^^ |
Semoga bermanfaat ^_^
assalamu'alaikum ummu khaulah :)
BalasPadamingin bertanya kalau biskut gandum 2nd recipe tu adunan utk berapa biji biskut ye sekali bakar semua adunan tu?
yelah ikut acuan juga kan tp ummu dpt berapa tu ye? boleh simpan berapa lama
sesuai x kalau untuk bayi umur 10 bulan? ada gula kan..
Waalaikumussalam puan :) Terima kasih singgah ke sini. Alamak, saya sudah terlupa berapa keping yang dapat. Acuan saya agak besar. Tak silap saya dapat dalam 50 keping (anggaran).
PadamRasa biskut ini tidak terlalu manis tapi untuk bayi 10 bulan bolehlah kurangkan sukatan gula icing :)
Padamterima kasih atas perkongsian..ank sy baru 8 bln..plan nk buat biskut sendiri jgk ni..
BalasPadamterima kasih kak .. :)
BalasPadam