Ahad, 30 November 2014

GST

Bismillah.

Buku pun kena GST? Oh tidaakkk... 

Haih...

Big Bad Wolf

Sabtu, 29 November 2014

Hari Keluarga

Bismillahirrahmanirrahim.

Saban tahun, ada sahaja program yang dianjurkan ketika cuti sekolah untuk anak-anak yang datang kelas mengaji di rumah.

Saya pun sudah ingat-ingat lupa. Mungkin bermula pada tahun 2009 apabila kami membawa mereka melawat dan mandi di taman air Taman Buaya Melaka. Tahun-tahun selepas itu kami ke Air Panas Pedas selain diselang-selikan dengan Kem Anakku Soleh Solehah, Master Chef - Memasak Tanpa Api, Usrah remaja dan sukaneka.

Tahun ini disebabkan kekangan waktu yang begitu menghambat kami memilih untuk menganjurkan Hari Keluarga Kelas Mengaji Baitul Fatimah pada hari ini bermula 8.00 pagi. Semua ibu bapa di jemput hadir dan membawa sepiring makanan. Ala-ala pot luck :)

Ada beberapa pertandingan yang dianjurkan kali ini iaitu :

* Pertandingan Bijak Bahasa Arab (8 tahun ke bawah)
* Pertandingan Bacaan Surah Al-Fatihah (Umur 4 - 5 tahun)
* Pertandingan Hafazan Juzuk Amma (Sekolah rendah dan menengah)
* Pertandingan Azan (Sekolah rendah dan menengah)
* Kuiz ibu bapa

Lebih istimewa, tetamu jemputan sudi hadir dan berkongsi ilmu dalam mendidik anak dengan al-Quran. Pn Siti Aminah (Facebook : Anakku Alhafiz) hadir bersama suami dan dua anaknya. Semoga Allah merahmati keluarga ini dengan berkat Al-Quran.

Pn Siti Aminah pernah bekerja sebagai Audiologist pada satu ketika dahulu namun telah meletakkan jawatan ekoran anaknya yang sulung ini sering sakit ketika kecil. Beliau turut menunggu sehingga majlis hampir selesai dan sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang ;)

Kagum dengan semangat beliau yang mendidik anak hafaz al-Quran. Allahu. Semoga Allah kurniakan saya dan suami semangat mendidik anak-anak menjadi hafiz hafizah. Semoga anak-anak yang turut mendengar perkongsian tadi beroleh motivasi untuk memulakan langkah menghafaz al-Quran. Insya Allah.



Displaying IMG_20141129_153340.jpg
Pertandingan hafazan

Adik Muiz memperdengarkan bacaan Surah Muzammil


Tidak kurang menarik lagi, kali ini kami mendapat hadiah tajaan dari Pn Khadijah Gani. Masya Allah Tabarakallah. Semoga Allah memurahkan dan memberkati rezeki beliau sekeluarga. Kami mendapat tajaan 8 buah buku dari pelbagai bidang dan poster-poster mengenal huruf hijaiyah hasil inovasi dari Pn Khadijah sendiri.

Subhanallah, nikmat Tuhanmu yang manakah mahu kamu dustakan?

Jumaat, 28 November 2014

Kelas Mengaji

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini punya cerita ^_^


Baik pulih buku surah yasin

Belum mahu balik sedangkan sudah lama selesai mengaji al-Quran. >_<

Antara adik-beradik yang rajin datang mengaji (",)

Selasa, 25 November 2014

Ada Apa Dengan Nama

Bismillahirrahmanirrahim.

Selesai mengaji al-Quran, usrah remaja mengambil tempat. Kali ini kami menggunakan buku Wasiat Untuk Anak, karya Dr Zulkifli Bin Mohamad al-Bakri. Buku ini bagi saya sangat menarik selain mudah difahami dan pengisiannya amat bermakna buat anak-anak remaja. 

Kami mulakan dengan mengupas topik 1 : Ada Apa Dengan Nama. 

Kebanyakan adik-adik ini tahu akan makna nama mereka tetapi tidak terfikir bertanya kepada ibu ayah mengapa nama itu dipilih untuk mereka. Ya, nama ini adalah gambaran besarnya harapan ibu ayah kepada seseorang anak. Sebab itulah mereka memilih nama yang terbaik supaya anak ini menjadi anak yang soleh dan solehah.

Dr Zulkifli membawa dua buah kisah akan perihal nama yang menpengaruhi hidup seseorang. Satu, mengenai kisah seorang bernama Abdul Rasyid (Hamba kepada Yang Maha Cerdik) tetapi sering gagal dalam pelajaran gara-gara dipanggil dengan nama singkatan yang bermaksud 'gagal'. Dua, disebut oleh Imam Malik di dalam kitabnya, Al-Muwatta'.

                               



Segmen seterusnya bercerita mengenai tokoh-tokoh wanita dalam lipatan sirah. Adik-adik diberi tugasan memperkenalkan seorang tokoh wanita Islam pada sesi usrah minggu hadapan. Sesi kegemaran adik-adik ini ialah sesi soal jawab. Bertubi-tubi soalan ditanya ^_^

Moga kalian menjadi anak, isteri dan ibu yang solehah :)


Isnin, 24 November 2014

Aktiviti wajib cuti sekolah anak-anak

Bismillahirrahmahmanirrahim.

Untuk kesekian kalinya kami singgah untuk meminjam buku sambil bermain di Perpustam. Malangnya Ruang Santai dalam penambahbaikan. Maka tidak dapatlah anak-anak bermain di situ. Tetapi yang bagusnya mereka ralit dengan buku-buku.

Alamak, si kakak memegang buku "princess" tetapi dalam bahasa Cina. Kasihannya belum sampai masa pula nak ajar mandarin pada anak (wah, berangan! Hehe..haruslah berangan dahulu kan, barulah ada usaha untuk mencapai impian ;))

Kami meminjam 9 buah buku :

1. Buku "princess" bahasa Cina
2. Look At This - Siri Peter and Jane 1b
3. Barney's Many Hats
4. The Cat in The Hat Great Flip Book
5. Srikandi-srikandi yang Benar (PTS)
6. Apabila Remaja Bercinta...2 Alkisahnya (Muslim Teens)
7. Kisah Saya Saudara Baru (PTS)
8. Ladang Hati Mustika (AMN Publications)
9. Kafe Damia (JS)

Tarikh pulang pada 15 Disember nanti. Tadi saya lihat pustakawan sedang sibuk memproses buku baharu, ada juga rak yang telah dianjak dan beratus buku tersusun di atas meja. Penghawa dingin juga tidak berfungsi di perpustakaan kanak-kanak. Pengunjung hari ini tidak ramai maka agak selesa mencari dan memilih buku tadi :)

JOM baca buku!

Makan ayam goreng dahulu sebelum masuk :D

Di hadapan perpustakaan. 

Yeay! main di sini sekejap 

Buku yang dipinjam hari ini. Abdullah tak lepas memegang Barney's Many Hats dan Khaulah ke hulu hilir bawa buku "princess".

Jom mengaji!

Bismillahirrahmanirrahim.

Cuti sekolah ini kelas mengaji diadakan di sebelah pagi bermula jam 8. Tetapi anak-anak ini ada juga yang datang lebih awal. Oh, tuan rumah pun belum sarapan lagi. Hiks..

Selepas mengaji ada yang tidak mahu pulang, "lepak" dahulu di rumah sambil membaca buku, bermain atau berbual. Hoho... Anak oh anak. Bila ditanya mengapa tidak pulang? Jawabnya, bosan di rumah, ibu ayah pergi bekerja. Haih..sabar sahajalah T.T

Semoga kamu semua menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin..

Kelas hari Rabu malam Khamis. Gambar ini diambil beberapa minggu lepas.

Ahad, 23 November 2014

Kuliah Dhuha (Melaka)

Bismillahirrahmanirrahim.

Sesiapa tinggal berdekatan dengan Kampung Bukit Pegoh, Melaka jemput menghadiri majlis ilmu @ Kuliah Dhuha SETIAP AHAD bermula jam 9.30 - 10.30 pagi. Kupasan Kitab Ubudiyah karangan Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah. Disampaikan oleh Ustaz Musa.

Barakallahufik.

Sumber gambar : Mohd Sofwan Hashim

Sabtu, 22 November 2014

Perancangan Cuti Sekolah

Bismillahirrahmanirrahim.

Cuti sekolah sudah bermula! Sukalah anak-anak. Bercuti panjang. Tapi bagi guru-guru, masih ada yang belum dapat menikmati cuti.

"Minggu pertama jangan "out station" dulu ya, cikgu-cikgu. Bersedia dipanggil ke sekolah bila-bila masa sahaja."

"Jangan off handphone cikgu-cikgu untuk elak kerja ya."

Mesyuarat akhir tahun, panitia, kemas kelas dan 1001 kerja lain masih perlu dihadiri dan dilakukan.

Okey, abaikan yang itu.

Aktiviti cuti sekolah

Apa aktiviti anak-anak ketika cuti sekolah?

Tidur, makan, main, menonton televisyen, menghadap PS2, memancing, berbasikal, merempit...opsss!

1. Utamakan perkara wajib

Apa yang wajib ya?

SOLAT. Ya, waktu tidur di malam hari masih perlu dikawal supaya anak-anak mampu bangun awal untuk solat subuh. Bagi yang lelaki boleh ke masjid atau surau untuk solat berjemaah. Anak perempuan pula boleh berjemaah bersama ibu di rumah.

MENGAJI AL-QURAN. Pantau anak-anak mengaji dan mungkin boleh tetapkan sasaran. Misalnya, baca 2 muka surat sehari ‌@ 1 muka surat selepas 1solat fardu @ ingin lebih baik 1 juzuk 1 hari.

2. Aktiviti tambahan

Ada banyak. Contohnya :

# Hafazan surah

Sumber gambar : Laman sesawang MPHonline.com 



Sumber gambar : permatahatiibu-rozana.blogspot.com



# Baca 1 hadis sehari

Sumber gambar : Laman sesawang MPHonline.com

Sumber gambar : www.bukukitab.net



# Lazimi Hisnul Muslim @ al-mathurat setiap pagi dan petang

Sumber gambar : www.ibnukatsir.com

Sumber gambar : www.bukukitab.net



# Membaca buku



# Membantu ibu dan ayah mengemas rumah

# Asah skil memasak bagi anak lelaki dan perempuan

# Mencantum jigsaw puzzle

# Bina folio @ buku skrap berkaitan sesuatu isu semasa cuti sekolah atau tetapkan tema.

# Membuat kraf

3. Beriadah / bersiar-siar / melancong

Luangkan masa bersama. Cari "quality time".

Selamat bercuti (",)

Jumaat, 21 November 2014

Doa untuk pengantin

Bismillahirrahmanirrahim.

Cuti sekolah bakal bermula. Jemputan kahwin telah mula diterima sejak awal bulan ini. Jika disusun, hampir penuh jadual cuti ini ;) Masya Allah. Tabarakallah. Untuk semua bakal pengantin didoakan barakallahu laka wabaraka 'alaika wajama a bainakuma fi khair.

Banyakkan berSABAR dalam mengemudi bahtera rumah tangga. Semoga mendapat keberkatan Allah.


Rabu, 8 Oktober 2014

Bercerita sebelum tidur

Bismillahirrahmanirrahim.

Hmm.. baru saya perasan.. sejak anak sudah boleh membaca, sesi bercerita sebelum tidur telah lama saya tinggalkan. Allahu akbar. Sebabnya, anak membaca buku waktu siang sambil dipantau oleh saya kemudian anak sibuk membuat aktiviti sendiri, bermain dengan adik dan sepupu, mewarna, bermain lego, mengaji al-Quran dan sebagainya.

Hanya beberapa hari lepas saya capai sebuah kamus bergambar yang baru dibeli dari kedaiberjaya.com dan respon dari anak-anak dan anak buah amat memberangsangkan! Ya Allah, saya telah terlupa satu kemahiran penting iaitu sesi "read aloud session" bersama anak-anak sebelum tidur. Menurut kajian sesi ini mampu merangsang anak minat membaca dan mendapat banyak perbendaharaan kata yang baru. Lagi satu, jika anak meminta membaca buku yang sama berulang kali tanpa jemu, jangan marah pada anak itu. Ini kerana sesi pengulangan bagaikan sesi latihan dan adakalanya anak ini mendapat sesuatu yang mungkin terlepas pandang dalam sesi sebelumnya.

Menariklah kamus bergambar ini. Baru saya sedar akan kepentingan menggunakan kamus bergambar untuk kanak-kanak. Aduh, lambatnya datang kesedaran pada saya ini.

Sumber gambar : Web Kedaiberjaya

Asyik terlupa untuk rekodkan bacaan anak. Namun apa yang saya perhatikan, pada awal-awal dia boleh membaca memang dia akan membaca sebuah buku sehingga berpuluh kali. Hihi.. rupanya itu juga satu proses pembelajaran.

Bagi merekodkan berapa jumlah buku yang telah dibaca atau berapa banyak muka surat telah dibaca, ada satu aplikasi bernama Reading Log yang boleh dimuat turun ke dalam telefon pintar. Jika di sekolah, saya kira sama seperti Buku Rekod NILAM :)

Sekarang anak sedang baca buku Kalimah Toyyibah 1 terbitan Ana Muslim. Tidak silap, buku ini adalah hadiah untuknya tahun lepas. Alhamdulillah.


Saya yang dewasa ini pun terpikat dengan kecomelan buku ini. Nanti nak cuba cari siri yang lain. Cuma... tunggu ada diskaun boleh? Hee....berkira pula umminya ni (>_<)

Sabtu, 4 Oktober 2014

30 Days Mom Challenge

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah.

Terjumpa cabaran ini semasa "blogwalking". Nampak menarik. Boleh dicuba :)

Sumber : http://www.imom.com/printable/30-day-mom-challenge/

Dicadangkan memulakan cabaran mengikut tarikh yang akan dilakukan. Misalnya hari ini 4 Oktober, maka teruskan dengan tip 4 dahulu. Begitulah seterusnya :)

Number 4 : Kiss your children while they are asleep.

Done.

Rabbi habli minassolihin....ameen.... :)

Selasa, 16 September 2014

Lapbook Rasa

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah siap juga lapbook Rasa ini. Buku ini dibuat untuk memperkenalkan jenis-jenis rasa kepada anak. Ada 7 buah buku mini yang diletakkan dalam sampul dalam buku ini. Ada manis, masam, pahit, kelat dan lain-lain. 

Bagi aktiviti sampingan saya sediakan beberapa bentuk buah-buahan dan bakul dan disimpan dalam sampul hari raya :)

Muka hadapan

Siapa beri kita makan? ALLAH &
Peta lidah 

Pandangan penuh bahagian dalam lapbook

Buah-buahan dari kain felt. Base warna hitam juga kain felt

Contoh aktiviti

Lapbook Rasa

Sabtu, 16 Ogos 2014

Reading Nook

Bismillah.

Cuci mata tengok sudut membaca anak-anak yang menarik ^_^









Ini versi kami. Erk. . 😄


Ya. .ya.. sahaja ^_^

Khamis, 14 Ogos 2014

Dapat hadiah

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, dapat hadiah daripada adik ipar. Buku kraf. Sangat menarik! ^_^ Macam tahu sahaja minat saya ini.

Masih dalam mood berpantang.  Belek-belek buku ini dan minta anak pilih projek kraf yang mana mahu dibuat.


Teknik quilling ni kot.  Entah apa namanya. Khaulah masih belum kuasai kemahiran ini. Tapi ajar perlahan-lahan cara menggulung kertas dengan menggunakan pensel. Saya gamkan dan dia tampalkan pada kadbod. 

Ok siap. Next project, to be continue ^_^

Rabu, 13 Ogos 2014

Alhamdulillah

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah.
Sedang bercuti.
90 hari.

Moga anak ini aset kami ke syurga ^_^

Allahumma faqqihha fiddeen wa'allimha takwil..

6 Ogos 2014 | 10 Syawal 1435
1013
2.85 kg
Asma' binti Ahmad Kamalarifin




Sabtu, 9 Ogos 2014

Mencari bahan bacaan yang sesuai

Khaulah dan lap book Adab Sebelum dan Selepas Tidur

Bismillah walhamdulillah.

Sejak anak mula pandai membaca, saya baru sedar buku di pasaran untuk pembaca cilik @ early readers dalam Bahasa Melayu sangat kurang.

Terpanggil untuk bina bahan bacaan sendiri untuk anak. Insya Allah dalam rangka usaha tersebut. Namun risau beberapa faktor ; saya bukan pakar bahasa, bukan juga pakar pendidikan awal kanak-kanak. Nampaknya perlu banyak membaca lagi ^_^

Dalam masa menyiapkan draf lap book seterusnya dan buku cerita mini ini, ditakdirkan saya bersalin awal. Tangguh dahululah jawabnya projek saya ini ;)

Moga Allah memberi kesempatan saya menyiapkan projek itu nanti. Insya Allah.

Setakat ini anak membaca buku cerita BAWAL terbitan DBP satu ketika dahulu. Alhamdulillah.  Dia sangat seronok mengulit buku-buku itu meskipun diulang baca cerita yang sama :)

Oh ya, ada siri lain yang bagus untuk pembaca awal. Suka dengan siri tersebut. Terbitan Penerbitan Pelangi. Sebuah buku berharga RM3.90, 1 set ada 10 buah buku = RM39.00. Pernah nampak di Kinokuniya dan Kedai Buku Popular.




Allahu yubariku fik.

Isnin, 4 Ogos 2014

Khaulah First Lap Book

Bismillahirrahmanirrahim.

Sudah lama tak buat aktiviti untuk anak. Terakhir ialah Busy Bag. Kemudian tumpu kepada pengajian al-Quran dan bahasa. Tiba-tiba minat datang untuk buat Lap Book untuk si sulung. Duduklah meng"Google" selama 2 hari. Fahami konsep dan kumpul idea, pergi beli barang dan hari ini berusaha menyiapkannya.

Masya Allah. Sangat menguji ketahanan fizikal dan ketekunan saya (sebabnya saya sudah hampir 40 minggu. Ngee..)

Apa yang saya faham, Lap Book diberi nama kerana boleh dipegang oleh kanak-kanak dan saiznya boleh muat atas riba anak (heh..ye ke fahaman ni?) dan mengandungi pelbagai maklumat, fakta atau aktiviti berkaitan sesuatu topik. Apa yang menarik, tiada cara khusus. Semuanya bergantung kepada kreativiti si pembuat!

Jika rajin mencari, ada banyak templat dan idea membuat lap book di internet. Subhanallah agak teruja melihatnya (",)

Ops...baik abaikan.

Ini hasil pertama. Semoga anak-anak saya beroleh manfaat.

Lap Book : Adab Sebelum dan Selepas Bangun Dari Tidur

Kulit hadapan

Bukaan pertama. Sebelah kiri aktiviti lisan (yang mana betul atau salah), sebelah kanan susun kepingan puzzle
Hasil jigsaw puzzle yang telah disusun

Bukaan kedua - utama.
Ada 3 bahagian ; Sunnah sebelum tidur (Buku Mini), Sunnah Selepas Bangun Tidur dan permainan

Zoom : Buku Mini Sunnah Sebelum Tidur
Zoom : Sunnah Selepas Bangun Dari Tidur

Saya gunakan kad manila bersaiz 4 helai kertas A4 yang disambungkan. Insya Allah saya akan muat naik bahan-bahan membuat lap book ini pada entri akan datang. Semoga Allah memberi kesempatan kepada saya untuk berkongsi.

Sumber rujukan saya dalam membuat lap book ini ialah buku Lebih Dari 1000 Amalan Sunnah Dalam Sehari Semalam. Ditulis oleh Khalid Al-Husainan. Penerbit Pustaka Imam Asy-Syafi'I.


Wallahualam