Isnin, 11 Mac 2013

Aduh ~~

Selesai menonton Negeri 5 Menara, tangan saya menukar-nukar saluran televisyen. Akhirnya saya menonton rancangan bertemakan penyiasatan jenayah. Tak ingat pula tajuknya, yang pasti bukan CSI. Aduh... sakit otak selepas menonton 2 episod. Astaghfirullah... inilah sebabnya mengapa sudah lama saya tidak menonton televisyen. Huhu..tidak kena pada jiwa apatah lagi menambah kusut di kepala.

Memang patutlah bayi di bawah usia tidak boleh menonton televisyen kerana akan mengalami banyak masalah seperti kurang tumpuan dan hiperaktif. Rancangan kartun puntidak selamat sebenarnya untuk anak-anak. Huhu..

Jadi ibu-ibu, bapa-bapa sekalian marilah kita melakukan aktiviti yang sihat dan berfaedah
untuk anak-anak kita. Ya, saya bukanlah ibu yang sempurna tetapi sentiasa berusaha melakukan yang terbaik. Baca, buat kajian, beli buku /majalah berkaitan untuk meningkatkan perkembangan minda anak dengan positif.

Ajar anak mengaji, ajak zikir sama-sama, bawa beriadah dan seribu satu macam lagi. Moga Allah lindungi anak-anak kita dari anasir-anasir jahat. Tapi kita pun perlulah berusaha! ♥


Khamis, 7 Mac 2013

Bahasa isyarat ★


Jom belajar bahasa isyarat ♡

》kereta 

》bas

Rabu, 6 Mac 2013

Kraf lagi

Tertarik dengan buku ini. Buku baru di pusat sumber sekolah. Dihantar oleh ITBM :) Buku Projek, Seni dan Kraf untuk anak2. Tebal. Tetapi tiada gambar di dalamnya. Eh, adalah sedikit. Mujur juga Bahasa Malaysia boleh juga nak baca, faham, bayangkan dan buat. Jika bahasa Inggeris.... ; p

Aktiviti di dalam buku ini merangkumi pelbagai usia. Jadi pilih sahaja yang mana dirasakan bersesuaian dengan anak anda. (Eh, macam silap 'rumah' pula. Biasa reviu buku di ainyanunalif.blogspot.com ;) ). Tengok gambar sahajalah...


Gabung 9 helai kertas A4. Gara-gara tiada kertas mahjong. Baringkan khaulah dan surih badannya :)

Rabu, 16 Januari 2013

Fun Art Craft :D

A picture worth a thousand words :)

Hand stamping 
(haha...hentam kromo saja ummi ni). Tak tahulah apa nama art ini. Aktiviti petang tadi :)

Dah beberapa hari Abi belikan art kit ini. Baru hari ini ummi berkesempatan tunaikan janji dengan Khaulah. Bilalah adik Abdullah Naufal nak besar ni. Boleh main sama-sama :D

Ada drawing block, palet, berus sebatang, warna air, buku mewarna , alat tulis - pensel, pembaris, pemadam (tiada dalam gambar) dan jadual waktu


Seronok main cop-cop

Suka sangat sampai tertutup mata
Selesai aktiviti, azan Asar pun berkumandang. Lepas solat pergi rumah nenek, jalan kaki sahaja. Mahu bawa drawing kit dia. Aduhai.. mujurlah rumah nenek dekat, Khaulah...

Isnin, 14 Januari 2013

Sepetang bersama Khaulah

Assalamualaikum dan Alhamdulillah masih lagi diberi Allah nikmat kesihatan dan dapat bersama dengan keluarga tercinta. 

Kebelakangan ini sangat risau dengan 'habit' anak yang suka menonton televisyen. Selepas membaca buku Art of Deception bertambah-tambah lagi kerisauanku.. Maka otak saya ligat memikirkan apakah aktiviti yang sesuai dilakukan oleh si kakak yang berusia 2 tahun 3 bulan ini? 

Hmm.. mungkin aktiviti seni boleh membantu! 

Pukul 3.30 petang, saya panggil si kakak ini masuk ke ruang bilik, ambil sehelai kertas A4 putih terpakai (kertas A4 sudah habis), sehelai kertas warna merah jambu dan gam. Abi tolong lukiskan huruf 'a' (alif berbaris atas) dan saya mulakan aktiviti dengan memberitahu Khaulah tujuan saya memanggilnya dan menunjukkan semua bahan tersebut. 

Mulanya saya mengoyakkan kertas ini besar-besar dan dia hanya menampal kolaj 'a' tersebut. Lama-kelamaan saya beri anak ini mengoyakkan sendiri kertas tersebut kerana mahu melihat kemahiran manipulatifnya. Bolehlah koyakkan kertas walaupun saiznya berkali ganda besarnya ;) Usai aktiviti, Khaulah dapat mengenal 'a' sehingga kini. Alhamdulillah.


Tekun buat kerja :)

Tadaaaaaa... inilah hasil kerja saya! Alhamdulillah


Gambar kedua yang menunjukkan daun bertampal itu sebenarnya aktiviti tambahan. Sengaja membawa Khaulah keluar rumah dan memperkenalkan nama-nama pokok. Jadi Khaulah petik daun dan tampalkan pada kertas (menunjukkan dia belajar mengenal 2 jenis pokok hari ini ; pokok mangga dan daun kari).

Objektif saya tercapai dan Khaulah pun sangat gembira sehingga tertidur keletihan.. 

ALLAHUMMA FAQQIHHU FIDDEEN WA'ALLIMHUTTAKWIL. Ameen...